10 sebab kenapa Tuan Ibrahim Tuan Man perlu berundur

Oleh : ANAK CILI
Februari 15, 2024 - 13:43 MYT
10 sebab kenapa Tuan Ibrahim Tuan Man perlu berundur
Masanya sudah tiba bagi TITM mengundurkan diri

Beberapa hari lepas PAS menganjurkan himpunan Black Friday di Istana Kehakiman untuk menyatakan pendirian parti PAS terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan. Kehadiran hanya sekitar 2,000 orang kebanyakannya penyokong PAS. Macam biasa, bila ada isu yang boleh mendatangkan keuntungan politik , PAS akan rebut peluang.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man ketika di tanya oleh wartawan selepas keputusan Mahkamah Persekutuan adakah beliau menyedari akan kes yang di bawa oleh Nik Elin ketika PAS masih dalam Kerajaan Persekutuan beliau secara jelas menjawab “tidak tahu dan hanya sedar sekarang kerana ianya baru jelas”.

Amat memalukan ketika PAS berada dalam kerajaan dan menganggotai kabinet dengan memegang portfolio Menteri Undang Undang dan Menteri Agama tidak menyedari semakan kehakiman Enakmen Syariah Kelantan (1). 

Tuan Ibrahim  sudah tidak lagi relevan untuk berada di persada politik berdasarkan banyak perkara yang menunjukkan kelemahan beliau selaku Timbalan Presiden PAS, Ahli Parlimen Kubang Kerian dan ADUN Cheka.

1.    Beliau gagal menawan Pahang yang telah diterajuinya untuk sekian lama. Sekalipun beliau bukanlah Pesuruhjaya PAS Pahang , tetapi adalah master mind PAS di Pahang. Ketika Terengganu, Kelantan, Perlis dan Kelantan berada dalam penguasaan PAS tetapi tidak di Pahang kerana kelemahan Tuan Ibrahim.

2.    Tuan Ibrahim hanya berminat dengan jawatan dan kemaruk kuasa, sanggup memperjudikan nasib penguundi di DUN Cheka dan Parlimen Kubang Kerian yang jaraknya lebih 300km. Apakah beliau mampu memberikan perkhidmatan sebagai wakil rakyat  yang baik kepada kedua dua kawasan yang mempunyai jarak yang jauh melangkaui sempadan Pahang dan Kelantan?
3.    Tuan Ibrahim hanya berminat dengan jawatan MB Pahang dengan bertanding di DUN Cheka tetapi tidak meletakkan jiwanya sebagai rakyat Pahang dengan bertanding di Parlimen Kubang Kerian di Kelantan. Beliau orang Pahang atau orang Kelantan?

4.    Beliau gagal membawa penyatuan Melayu terutama di Pahang dengan membawa dua parti teras Melayu Islam UMNO dan PAS ke meja rundingan. Tamakkan jawatan hingga ketepikan rundingan yang adil kepada UMNO dan akhirnya UMNO memilih PH sebagai rakan membentuk kerajaan Pahang.

5.    Beliau gagal menjalankan tanggungjawab sebagai Menteri Air dan Sumber Asli ketika berada dalam Kerajaan Persekutuan. Jangankan menyelesaikan air di Negeri pahang malahan Negeri Kelantan yang bergelut dengan masalah perkhidmatan bekalan air juga gagal di tangani.

6.    Golongan ulama dalam PAS tidak lagi mendapat tempat dalam arus kepimpinan PAS pada masa hadapan. Pencalonan Ahmad Shamsuri Menteri Besar Terengganu mewakili golongan profesional PAS sebagai calon Perdana menteri PN sekiranya berjaya mengusai Putrajaya adalah satu tamparan hebat kepada beliau selaku mewakili golongan ulama dan memegang jawatan Timbalan Presiden PAS.

7.    Rekod kemenangan beliau dalam pilihanraya di Pahang tidak cemerlang pernah dua kali tewas di DUN Jengka dan kemudian terpaksa lari ke Kelantan untuk menyelamatkan karier politik. Tidak pernah ada sejarah di Pahang calon Menteri Besar pernah ditolak oleh rakyat.

8.    Banyak kenyataan beliau yang jelas menipu rakyat sebagai mana janji mahu menghapuskan hutang PTPTN sebagaimana ketika berkempen ketika pilihanraya sekiranya PAS memerintah. Ditakdirkan PAS sebahagian kerajaan tetapi tidak melaksanakan apa yang dijanjikan kepada rakyat menunjukkan pembohongan beliau selaku pemimpin.

9.    Selaku Timbalan Presiden PAS beliau gagal membawa penyatuan Melayu Islam  walaupun Pahang antara negeri terawal membentuk Persefahaman Muafakat Nasional akibat ketidakcekapan beliau selaku pemimpin yang berpolitik di Pahang.

10.    Kegagalan PAS dalam dua PRK terbaru di Pahang iaitu PRK Tioman dan PRK Pelangai menunjukkan beliau tidak mempunyai pengaruh yang besar. 

Sudah tiba masanya Tuan Ibrahim Tuan Man berundur dan mengakui akan kelemahan beliau selaku pemimpin. Tumpukan kepada hal menjaga kebajikan dan memenuhi keperluan rakyat terutama di DUN Cheka memandangkan sudah kedengaran banyak rungutan rakyat di kawasan tersebut. 

Barangkali DUN Cheka hanya satu persinggahan politik atau boleh sahaja menjadi persinggahan akhir politik beliau di Pahang.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow