Bunga Cinta Lestari kini bergelar isteri
PENYANYI terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihannya iaitu Tiko Aryawardhana dalam majlis pernikahan yang berlangsung di resort mewah Amankila, Bali, petang tadi.
Difahamkan majlis tersebut yang diadakan secara tertutup hanya dihadiri 100 jemputan yang terdiri daripada ahli keluarga dan teman rapat kedua-dua pasangan.
Malah, keluarga Allahyarham Ashraf Sinclair turut hadir bagi meraikan kedua mempelai.
BCL dan Tiko memilih persalinan adat Jawa pada hari bahagia mereka.
BCL dan Tiko mula digosipkan bercinta selepas aktres itu memuat naik video sambutan ulang tahun ke-40 pada Mac lalu.
Untuk rekod, BCL pernah berkahwin dengan aktor Ashraf Sinclair pada 2008.
Bagaimanapun, Ashraf meninggal dunia dalam tidur pada Februari 2020 akibat serangan jantung.
Hasil perkahwinan dengan Ashraf, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Noah Aidan Sinclair.
Tiko pula merupakan duda yang bercerai dengan bekas isteri pada 2021 dan memiliki tiga orang anak.
Apa Reaksi Anda?











