AHLI PARLIMEN PN KETEREH MEMALUKAN BEKAS TENTERA
Setiap kali kemunculan Ahli Parlimen Ketereh Khlir Mohd Nor di sesi Parlimen pasti akan menarik perhatian ramai sehingga timbul persoalan bagaimana beliau boleh dipilih sebagai Ahli Parlimen Ketereh. Apakah Perikatan Nasional hanya tangkap muat dalam memilih calon yang mewakili rakyat Ketereh?
Kepelbagaian latarbelakang pengalaman merupakan satu nilai tambah kepada kualiti kepimpinan dalam mana mana parti. Tetapi dalam masa yang sama jika ada kelemahan, maka profesion tersebut juga akan merasai tempias baik buruknya.
Ahli Parlimen Ketereh Khlir Md Nor akan sentiasa berkata “saya bekas tentera” setiap kali bangun berhujah di Parlimen. Tidak salah berasa bangga dengan pencapaian dan pengalaman yang ada tetapi jika ada kedangkalan yang akhirnya memalukan diri sendiri.
Beliau cuba membangkitkan Isu penyelarasan pencen veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) sambil mengatakan ramai bekas anggota tentera sedang menyaksikan live. Menteri Pertahanan Datuk Sri Mohamad Hasan tidak dapat memberikan penjelasan secara lebih terpeinci kes tersebut masih berada di peringkat mahkamah dan tidak mahu mengeluarkan kenyataan bersifat subjudis.
Khlir Md Nor tetap tidak berpuasa hati dengan jawapan tersebut dengan meninggikan suara sehingga lupa beliau berhadapan dengan Mohamad Hasan adalah seorang ahli politik yang cukup pengalaman.
“don’t raise your voice, improve your argument”, kata Menteri Pertahanan. Apa yang melucukan Khlir Md Nor menjawab “saya tidak faham cuba ulang sekali lagi”, quote dalam bahasa Inggeris tersebut.
“you were former two star general don’t tell me you don’t understand simple English”, tanya Menteri Pertahanan merujuk kepada Khlir Md Noor bekas Mejar Jeneral dalam ATM. Ternyata ianya menimbulkan gelak ketawa di Dewan Rakyat malahan sesiapa sahaja yang menonton live mahupun rakaman insiden tersebut.
Ternyata rakyat di Ketereh perlu mengakui mereka tersilap mengundi Khlir Md Nor hanya kerena terpengaruh dengan persepsi dan menolak calon berkualiti dri BN.
Benarlah kata orang tua tua tentang nasib malang “ayam di tambat di sambar helang, ikan dipanggang tinggal tulang.
Malang bagi rakyat Ketereh dan juga bekas tentera yang mengundi Ahli Parlimen yang lansung tiada kualiti.
Apa Reaksi Anda?






