Akibat sejuk melampau pendaki diusung sejauh 8.5km

Oleh : BARD
Jun 25, 2024 - 12:00 MYT
Akibat sejuk melampau pendaki diusung sejauh 8.5km

Seorang pendaki Gunung Kinabalu yang mengalami gejala kesejukan melampau terpaksa diusung sejauh 8.5 kilometer ke Pondok Timpohon, Kundasang bagi mendapatkan rawatan pada Isnin.

Lelaki berusia 34 tahun itu dibawa turun oleh Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR) dari Panalaban selepas turut mengalami simptom muntah-muntah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Talib berkata, Pasukan Bomba Bantuan (PBB) MOSAR menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.55 petang.

"Laporan kecemasan itu melibatkan seorang pendaki lelaki mengalami gejala kesejukan melampau dan muntah-muntah.

"Pasukan MOSAR bertindak memberikan rawatan awal dan seterusnya membawa mangsa turun ke Pondok Timpohon menggunakan 'robertson strecher'," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Menurutnya, mangsa kemudian dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

"Operasi ditamatkan pada jam 9.20 malam selepas mangsa diserahkan kepada ambulans untuk dibawa ke hospital," katanya.

Sebelum itu, mangsa difahamkan telah berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu pada hari yang sama sebelum berhasrat untuk turun selepas misinya selesai.

Sumber

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow