Alumni Maahad Tahfiz Negeri Pahang Terima Biasiswa Berprestij Negara Daripada Agong

Oleh : BARD
Julai 17, 2025 - 16:38 MYT
Alumni Maahad Tahfiz Negeri Pahang Terima Biasiswa Berprestij Negara Daripada Agong

Siapa sangka alumni Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP), Mohd Fariz Haiqal Mohd Ruslan telah mencipta kebanggaan apabila terpilih salah seorang penerima Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2025.


Mohd Fariz akan melanjutkan pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Farmakologi dan Farmasi di Universiti King’s College London, United Kingdom.


Kejayaan ini bukanlah kali pertama buat MTNP, Siti Saffa’ bt Shaharuddin, Alumni Diploma Tahfiz MTNP (2013-2016) juga telah menerima tawaran Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong tahun 2023.

Beliau kini sedang melanjutkan pengajian peringkat Ph.D di UIAM dalam bidang pengurusan kewangan islam.


Inilah bukti bahawa pendidikan tahfiz bukan sekadar hafalan, tetapi mampu mencorak masa depan sebagai ilmuwan, profesional dan pemimpin masa depan umat.

Lebih membanggakan, kejayaan ini lahir hasil pelaburan besar Kerajaan Negeri Pahang dalam pendidikan Islam dan satu visi jauh yang digerakkan secara konsisten oleh YAB Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail, pemimpin yang memahami nilai ilmu dan masa depan generasi muda.

Baru-baru ini, kerajaan negeri Pahang telah mengumumkan penubuhan 37 buah tadika tahfiz di setiap DUN untuk melahirkan huffaz yang berkualiti. 37 Tadika Tahfiz di bawah Yayasan Pahang diseluruh negeri membuktikan agama Islam sedang diperkasakan.

Kerajaan negeri Pahang turut menyediakan Bantuan Yuran Pendidikan TTNP sebanyak RM250 seorang kepada anak-anak daripada keluarga B40.

Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) berjaya mencatat Gred Purata Sekolah (GPS) 1.20 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022. Daripada 54 calon menduduki peperiksaan tersebut, seramai tujuh calon berjaya mencatat keputusan cemerlang 11A, diikuti seramai 10 pelajar memperolehi 10A, seramai 17 pelajar memperolehi 9A dan 10 pelajar memperolehi 8A serta 11 pelajar mencatatkan keputusan 7A.


Maahad Tahfiz Negeri Pahang sekali lagi merekodkan prestasi membanggakan apabila dinobat sebagai sekolah terbaik di negeri itu dalam pencapaian keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.

Di bawah pentadbiran Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy, pendidikan Islam diperkasa, MTNP melonjak ke tangga teratas SPM kebangsaan dan anak-anak tahfiz diberi ruang untuk membina masa depan profesional, bukan hanya duduk di ceruk masjid.

Tahniah Maahad Tahfiz Negeri Pahang!

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow