ISRAEL ARAH HOSPITAL AL-SHIFA DIKOSONGKAN DALAM SATU JAM

Oleh : PAHANGKU
November 18, 2023 - 16:21 MYT
ISRAEL ARAH HOSPITAL AL-SHIFA DIKOSONGKAN DALAM SATU JAM
Khemah perlindungan di kawasan Hospital Al-Shifa. - Foto REUTERS

GAZA: Tentera Israel mengarahkan pengosongan Hospital Al-Shifa "dalam satu jam berikutnya" dengan arahan diberikan melalui pembesar suara hari ini.

Arahan itu didengari seorang wartawan AFP yang berada di tempat kejadian.

Hospital Al-Shifa yang terbesar di Gaza, menjadi tumpuan perang Israel-Hamas, yang kini memasuki minggu ketujuh selepas serangan 7 Oktober lalu.

Israel mendakwa Hamas mengendalikan pangkalan di bawah Al-Shifa, tuduhan yang dinafikan kumpulan itu. - AFP

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow