Kedah naik cukai tanah ,satu bentuk kezaliman?(video)

Oleh : ANAK CILI
Februari 19, 2024 - 22:21 MYT

Akhirnya Sanusi Md Nor mengumumkan kelulusan semakan semula kenaikan cukai tanah di negeri Kedah. Selepas kenaikan tarif air , kini giliran kenaikan cukai tanah . Para penyokong  dan walaun PAS nampaknya dalam kebingungan memandangkan mereka kini membawa naratif kenaikan barangan dan kos sara hidup sebagai yang didendangkan tanpa henti bagi menyemarakkan kebencian kepada parti yang Kerajaan.

Apabila Sanusi mengumumkan akan kenaikan cukai tanah apakah mereka akan menyambut baik keputusan tersebut? Apakah selepas pemerintahan PAS di negeri dikuasai PN seperti Kelantan, Terengganu, Perlis  dan Kedah maka tidak akan ada kenaikan cukai? Harapan rakyat akan ada pemikiran luar biasa pemimpin PAS akan dapat menurunkan cukai hanyalah illusi dan tidak berpijak di buni nyata.
Menariknya dalam kenyataan media yang dtular di media sosial bahawa PAS “gentleman” bila mengumumkan semakan kenaikan cukai tanah.

Sebaliknya apabila berlaku kenaikan cukai yang dumumkan oleh pemimpin parti lain maka ianya adalah satu bentuk “kezaliman” yang tidak menjaga kepentingan rakyat.

Manusia yang taksub kepada parti politik yang digelar walaun kebiasaanya akan hilang rasional dalam membuat pertimbangan. Cuma kali ini , kita akan lihat apakah para walaun dan waluntit akan mempertahankan kenaikan cukai tanah di Kedah. Tetapi dalam situasi yang sama adakah mereka akan berfikiran rasional tentang kenaikan harga barangan selepas kenaikan cukai perkhidmatan yang diumukan oleh Kerajaan Persekutuan?

Tanggungjawab sebagai kerajaan tidak semudah sebagai pembangkang yang hanya tahu mencari salah seterus tanpa ada jalan penyelesaian kepada sebarang masalah yang timbul. 

Alhamdulillah di Pahang, YAB Menteri Besar Pahang Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail beri jaminan tiada kenaikan cukai tanah dalam tempoh lima tahun ini. Pemimpin yang cakna adalah mereka yang kaya dengan idea dan perancangan serta mampu melaksanakan .

Bukannya hanya hebat di pentas ceramah di pentas ceramah politik yang hanya kaya dengan maki hamun  dan popular di Tik Tok berkaraoke dengan anak dara orang di tengah malam buta.

Kita mencari pemimpin yang boleh menjaga kepentingan agama bangsa dan negara bukannya pemimpin yang hanya popular di media sosial tetapi hakikatnya adalah pemimpin yang gagal dan hanya bijak berkata kata seperti Sanusi Si Penglipurara.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow