Kes bunuh, tikam mangsa 12 kali: Suspek pakai pelitup muka, 'hoodie' masih diburu

Oleh : BARD
Januari 13, 2026 - 09:00 MYT
Kes bunuh, tikam mangsa 12 kali: Suspek pakai pelitup muka, 'hoodie' masih diburu

Polis masih memburu suspek utama kes penemuan mayat lelaki dengan kesan 12 tikaman di sebuah unit pangsapuri di Mantin, di sini, pada 30 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitenden Johari Yahya berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan.

"Dua rakan serumah mangsa berusia 50 dan 51 tahun yang tempoh reman berakhir semalam telah pun dibebaskan dengan jaminan polis atas arahan Timbalan Pendakwa Raya.

"Siasatan awal mendapati, mereka tidak terlibat dalam kejadian terbabit, namun siasatan lanjut masih dilakukan,"

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki membabitkan kes bunuh.

Sebelum ini media melaporkan polis sedang memburu suspek utama yang dikatakan telah datang ke kawasan pangsapuri terbabit untuk bertanyakan lokasi rumah mangsa.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan masuk pangsapuri berkenaan pada 28 Disember lalu, lelaki tersebut telah dilihat datang memakai pelitup muka dan baju panas 'hoodie' menutup kepala.

Sumber

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow