Laporan Polis terhadap dua kerajaan terdahulu guna RM 700 juta bagi tujuan iklan & publisiti
Perbelanjaan begitu besar bagi tujuan iklan dan publisiti sehingga dikatakan mencecah RM 700 juta menimbulkan banyak persoalan dikalangan rakyat. Apakah keperluan berbelanja begitu besar wang hasil pembayar cukai hanya untuk menaikkan imej pemimpin atas nama iklan mahupun publisiti?
Ketika negara masih belum pulih sepenuhnya kesan dari Pandemik Covid , perbelanjaan sebanyak itu jika benar dan jika berlaku penyelewengan di kalangan bekas Pegawai Perdana Menteri dua Kerajan terdahulu ianya perlu dibawa ke muka pengadilan.
Beberapa portal melaporkan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah telah menerima laporan polis yang dibuat di Balai polis Setapak.
https://www.malaysiakini.com/news/691711?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook
Penggunaan wang sejumlah RM 700 juta itu dikatakan digunakan untuk iklan dan publisiti bagi menghebahkan agenda kerajaan dalam tempoh 2020 hingga 2022.
Bayangkan RM 700 juta itu jika digunakan pada keperluan sewajarnya seperti keperluaan rakyat dn kemudahan awam tentu ianya tidak akan dipersoalkan. Sebarang bentuk ketirisan kerajaan perlu dibendung apatah lagi jika ianya melibatkan penyelewengan.
Paling mengecewekan jika ianya menjadi dana pilihanraya pihak pihak tertentu sebagaimana yang berlaku seperti kes Dana Jana Wibawa bagi membeli undi ketika pilihanraya.
P/S : Secara tiba tiba apa yang dikatakan sebagai rasuah menjadi sedekah bila duit free berlambak
Apa Reaksi Anda?











