Laung “Malaysia Sejahtera”, Tapi Kes Dadah Tertinggi Di Negeri SG4

Oleh : BARD
Julai 14, 2025 - 18:00 MYT
Laung “Malaysia Sejahtera”, Tapi Kes Dadah Tertinggi Di Negeri SG4

Laungan Malaysia Sejahtera oleh parti Pas pada suati ketika dulu adalah slogan retorik bagi kepentingan politik mereka.  Tetapi hakikatnya, negeri yang mereka tadbir selama 30 tahun lebih iaitu Kelantan kekal dalam carta teratas penagihan dadah.

Berdasarkan statistik terkini dari Agensi Antidadah kebangsaan (AADK), dan Polis Diraja Malaysia, Kelantan mencatat penyalahgunaan tertinggi di negara  ini dengan 1,130 kes bagi setiap 100,000 penduduk pada tahun 2024.

Inilah negeri yang paling lantang memperjuangkan Islam dengan gelaran “Serambi Mekah”. Tetapi masalah penyalahgunaan dadah dikalangan rakyat tidak dapat diuruskan dengan baik. Isu yang kian berlarutan saban tahun, tetapi kerajaan negeri masih tidak menampakkan sebarang pelan untuk membendung masalah dadah ini dengan meluas.

Pas gemar berpolitik dan menyalah pihak lain. Di ceramah-ceramah mereka yang diselang seli dengan bacaan Al-Quran dan potongan Hadis, mereka sering menggelar kerajaan negeri yang ditadbir UMNO penuh dengan maksiat dan wajib ditukar. Bagi mereka, hanya mereka sahaja yang akan mentadbir negeri berlandaskan syariat Islam.

Tidak pada Kelantan sahaja, negeri lain yang mereka perintah seperti Sibuk menggelar negeri Pahang tidak Islamik dan sekular tetapi rakyat sendiri terjerumus dengan dadah. Tak malukah mereka?

Takkan masih nak salahkan sempadan yang berhampiran dengan Thailand?Kedah, Perlis dan Terengganu ia mempunyai kes yang tertinggi. Misalnya , Terengganu (974), Perlis (965) dan Kedah (898) bagi setiap 100,000 penduduk.

Dimana masa depan anak muda di SG4 jika mereka lemas dengan syabu, ganja dan pil kuda?

Hakikatnya, mereka hanya handal dalam ceramah politik kosong mereka sahaja, tetapi bila diberi peluang mentadbir, mereka gagal. Masa depan anak muda hancur akibat dadah. Ada Pas peduli? Yang mereka peduli untuk membeli Mercedes Benz untuk kegunaan rasmi untuk Menteri Besar dan Exco kerajaan negeri sahaja.

Sibuk menggelar negeri Pahang tidak Islamik dan sekular tetapi rakyat sendiri terjerumus dengan dadah. Tak malukah mereka?

Takkan masih nak salahkan sempadan yang berhampiran dengan Thailand?

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow