Ti Lian Ker main isu 3R sebagai talian hayat politik

Oleh : ANAK CILI
Disember 11, 2023 - 10:34 MYT
Ti Lian Ker main isu 3R sebagai talian hayat politik
Ti Lian Ker cuba meraih populariti ketika karier politik di hujung tanduk

Kenyataan  Li Tian Ker  baru baru ini yang melakukan kritikan terbuka terhadap perkara yang melibatkan kepentingan orang Melayu adalah jalan terakhir baginya untuk mendapat perhatian  apatah lagi karier politiknya berada di hujung tanduk.

Kekalahan beliau dalam pemilihan Naib Presiden MCA baru baru ini memaksa beliau menjadikan isu Kongres Ekonomi Bumiputera sebagai modal untuk mendapatkan perhatian dengan mencadangkangkan tiada lagi keperluan diadakan Kongres Ekonomi Bumiputera. 

Beliau cuba melonjakkan diri dikalangan masyarakat Cina sebagai adiwira yang berani menongkah arus sebaliknya lari dari  pendekatan kesedehanan melalui penyelesaian dalaman dan menghindar mencetuskan perbalahan sesama parti komponen.

Tentu sahaja beliau tidak lagi bercakap mewakili MCA memandangkan beliau tidak lagi berada dalam barisan kepimpinan MCA. Cuma amat dikesalkan menggunakan platform Senator di Dewan Negara sebagai talian hayat dan imuniti dari berhadapan dengan masyarakat Melayu khususnya secara gentleman.

Paling tidak beliau wajar bersyukur dan berterima kasih kerana Kerajaan yang di tunjangi orang Melayu memberikan jalan singkat sebagai Timbalan Menteri Perpaduan dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan  atas kerusi Senator.Jika diharapkan MCA sendiri, nama beliau tidak  dicalonkan di Raub atau Kuantan pada PRU 15 sebagai Ahli Parlimen dan jika bertanding sekalipun  peluang kalah lebih banyak dari beroleh  kemenangan.

Jika UMNO di lihat sedang mengalami kemerosotan berdasarkan keputusan pilihanraya ke 15, apakah pengaruh MCA di kalangan masyarakat Cina semakin meningkat dengan memenangi 2 kerusi dari 44 kerusi Parlimen dan 2 kerusi yang dimenangi atas ihsan UMNO yang memberikan kerusi selamat di kawasan majoriti 70 peratus Melayu?

Mempersoalkan Kongres Ekonomi.Bumiputera adalah perbuatan tidak bertanggungjawab dan tentunya melukan hati pemimpin UMNO khususnya pemimpin UMNO Pahang . Kenyataan bersifat populis Li Tian Ker di bidas oleh YAB Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail  Pengerusi BN Pahang yang juga Naib Presiden UMNO yang menyifatkan sebagai sengaja mencari masalah di 'hujung nyawa politik beliau ' yang dimuatnaik di facebook beliau.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02VuCwHgLrpzdhQQCGvni72MtMW9ypaXgqdweEpVbA4Dh69ekQunPPFuA63xEBzeecl&id=100044215428489&mibextid=Nif5oz

Tindakan mempersoalkan agenda memperkasakan ekonomi bumiputera boleh diterjemahkan sebagai satu serangan kepada hak hak istimewa orang Melayu sebagaimana yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia.Dasar afirmartif yang diperkenalkan oleh Kerajaan adalah untuk memastikan sosio ekonomi bumiputera mampu berdaya saing. Jurang perbezaan dan pembahagian kek ekonomi diantara kaum yang melebar tanpa ada intervensi oleh Kerajaan akan menyebabkan ketidakstabilan politik mengancam kehidupan rakyat berbilang bangsa.

Li Tian Ker wajar kembali merujuk naskah sejarah agar menyedari bahawa hak bumiputera itu adalah timbal balik kepada pemberian kewargenagaraan secara jus soli kepada orang cina dan India ketika mahu mencapai kemerdekaan.

Kemerdekaan negara tercapai melalui hasil rundingan dengan kerajaan Inggeris melalui sosial kontrak yang mana orang Melayu bersetuju memberikan kerakyatan automatik kepada kaum Cina dan India (jus soli) dibawa Inggeris untuk kegiatan ekonomi di Tanah Melayu dengan syarat keistimewaan orang Melayu dijamin dalam hal pemberian kuota dalam perkhidmatan awam, pendidikan, biasiswa, perdagangan dan perniagaan.

Apa keperluan Ti Lian Ker untuk mempersoalkan hak hak orang Melayu sebagaimana yang telah dipersetujui oleh  Tan Cheng Lock, Tun Sambathan dan Tunku Abdul Rahman yang menoktahkannya kesepakatan dalam merangka Perlembagaan Malaysia ?

Memetik kata kata peribahasa Cina memandangkan Ti Lian Ker tidak memahami peribahasa Melayu sekalipun umur beliau sudah menjangkau 60 tahun di Tanah Jawi ini.

"Di masa lalu orang belajar membaiki diri mereka sendiri tetapi di masa kini, orang belajar membuat orang lain terkesan".

Ti Lian Ker perlu belajar membaiki diri sendiri kerana kegagalannya untuk terus relevan dalam persada politik negara dan bukannya mencari salah pihak lain untuk menutup kelemahan diri sendiri.

#pedasberapi

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow