Lima ahli GISBH ditahan di Bukit Kayu Hitam dipercayai mahu ke Thailand

Oleh : BARD
September 19, 2024 - 10:03 MYT
Lima ahli GISBH ditahan di Bukit Kayu Hitam dipercayai mahu ke Thailand

Lima lelaki disyaki ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) ditahan di Bukit Kayu Hitam, Kedah, pada Rabu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, penahanan lima individu itu dilakukan Unit Risikan Sempadan Zon Utara Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas mengesan dua motorhome kira-kira jam 6 petang yang mempunyai lambang GISBH pada nombor pendaftaran kenderaan itu.

"Op Global itu mendapati kenderaan tersebut telah bergerak ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam menghala ke Thailand.

"Tindakan pemeriksaan telah dibuat dengan bantuan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah sebelum menangkap lima lelaki tempatan tersebut," katanya pada Rabu.

Beliau berkata, semakan mendapati kelima-lima lelaki berusia lingkungan 28 hingga 41 tahun tidak mempunyai rekod jenayah.

Katanya, tiga kenderaan telah dirampas iaitu dua motorhome serta sebuah Perodua Myvi.

"Kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu untuk siasatan lanjut," ujarnya.

Tegas Razarudin, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 32(a) Akta Kanak-Kanak 2001, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007.

Sumber

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow