Malaysia Menuju Sebuah Negara Adil, Makmur Dan Sejahtera
Pengumuman beberapa inisiatif penting oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tanda penghargaan Kerajaan MADANI kepada seluruh rakyat atas dukungan, atas kesetiaan, atas kebersamaan yang mengalirkan tenaga kepada agenda pemulihan dan reformasi negara.
kesemua langkah yang diumumkan itu membuktikan reformasi tidak semestinya membebankan, malah ia memberi keadilan dan kelegaan kepada majoriti rakyat.
Setiap sen yang diumumkan, bantuan, langkah reformasi yang dilaksanakan semuanya lahir dari tekad untuk meletakkan semula Malaysia di atas landasan keadilan sosial, kemakmuran bersama dan kesejahteraan rakyat.
inisiatif-inisiatif tambahan yang diumumkan itu berupaya meredakan kos sara hidup dan menyediakan ruang perbelanjaan lebih selesa khususnya kepada golongan B40 dan M40.
Antara yang diumumkan oleh Perdana Menteri ialah:
* Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 secara one-off kepada semua rakyat dewasa berusia 18 tahun ke atas melalui MyKad mulai 31 Ogos, buat pertama kalinya dalam sejarah bantuan tunai disalurkan kepada seluruh rakyat dewasa
* Hari kelepasan am tambahan pada Isnin, 15 September 2025 bersempena Hari Malaysia sebagai tanda penghargaan atas ikatan yang membentuk kita sebagai bangsa
* Peruntukan Jualan Rahmah MADANI digandakan kepada RM600 juta, diperluas ke semua 600 kawasan DUN agar harga barangan asas mampu milik lebih dekat dengan setiap keluarga
* Tiada kenaikan tol bagi 10 lebuh raya, kerajaan memperuntukkan lebih RM500 juta demi memastikan rakyat terus menikmati kemudahan tanpa beban tambahan
* Harga petrol RON95 diturunkan ke RM1.99 seliter untuk rakyat Malaysia.
Tetapi ada suara-suara sinis, sumbang dikalangan pemimpin pembangkang yang masih mengajak rakyat untuk tidak bersyukur dan berterima kasih atas pengumuman tersebut.
Ada yang masih menjaja naratif kononnya Islam terancam, Melayu dipinggirkan, padahal di bawah Kerajaan Perpaduan inilah peruntukan Islam diperkukuh, institusi Melayu dimartabatkan, dan hak rakyat dipelihara tanpa kira kaum.
Rakyat harus terus memberikan sokongan dan dokongan padu kepada Kerajaan Madani demi memastikan Malaysia terus maju dan sejahtera.
Apa Reaksi Anda?











