Memilih Antara Permata Atau Kaca

Oleh : BARD
Mac 8, 2025 - 20:33 MYT
Memilih Antara Permata Atau Kaca

Carta ini menunjukkan jumlah pelaburan asing yang diluluskan mengikut negeri. Jelas dapat kita lihat perbezaan ketara antara negeri-negeri yang terlibat. Berdasarkan faktor lokaliti yang strategik, sumber semula jadi, serta aspek sosiobudaya, negeri-negeri di Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu, dan Pahang mempunyai potensi tersendiri dalam menarik pelaburan asing.

Sejak sekian lama, jajaran Pantai Barat lebih diberi keutamaan oleh kerajaan pusat dalam aspek pembangunan infrastruktur dan kemudahan pelabuhan. Hal ini secara tidak langsung memberikan perbandingan yang jelas dalam perkembangan ekonomi antara dua wilayah tersebut.

Jumlah pelaburan asing yang diluluskan mengikut negeri setakat tahun 2024 menunjukkan bahawa Pahang mencatat jumlah tertinggi, iaitu sebanyak RM1.06 bilion. Sementara itu, Kelantan merekodkan RM492.8 juta, manakala Terengganu mencatat pelaburan paling rendah dengan hanya RM4.7 juta, dua kali ganda lebih rendah berbanding Pahang.

Menariknya, perbandingan ini juga memperlihatkan perbezaan antara dua parti yang mentadbir negeri-negeri ini, PAS di Terengganu dan Kelantan, manakala Barisan Nasional (BN) di Pahang. Tadbir urus yang baik, kestabilan politik, serta kebijaksanaan kepimpinan di negeri yang ditadbir BN terbukti mampu menarik keyakinan pelabur untuk melabur.

Ketika kempen PAS untuk menawan Pahang giat dijalankan, rakyat seharusnya lebih bijak menilai. Tidak cukup sekadar retorik politik dalam ceramah, tetapi keupayaan sebenar dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat perlu dibuktikan. Keputusan 32-0 yang dibanggakan tidak membawa makna sekiranya prestasi pentadbiran lemah dan gagal meningkatkan kesejahteraan rakyat.

YAB Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, selaku Menteri Besar Pahang, telah membuktikan keupayaannya dalam melonjakkan ekonomi negeri melalui kestabilan politik dan tadbir urus yang cekap. Justeru, rakyat Pahang perlu membuat pilihan yang bijak dalam menentukan kepimpinan negeri demi masa depan yang lebih terjamin.

Eh, takkan kita nak bagi kepercayaan kepada mereka yang terbukti tak mampu mentadbir? Sebagai rakyat Pahang, kita mesti bijak membuat pilihan!

Nadia Rose

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow