Norman Daud Silap, Wan Rosdy Tiga Kali Sebut Terima Kasih
Tular satu hantaran yang mendakwa YAB Menteri Besar Pahang Dato' Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail langsung tidak mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri ketika majlis sambutan Hari Peneroka FELDA. Dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali.
Hakikatnya, dalam ucapan rasmi beliau, YAB Menteri Besar Pahang telah beberapa kali merakamkan penghargaan kepada YAB Perdana Menteri.
Berikut adalah petikan ucapan YAB Menteri Besar Pahang:-
1. "Bagi pihak Kerajaan Negeri Pahang dan seluruh rakyat Pahang, saya merakamkan penghargaan kepada YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim atas kesudian hadir merasmikan sambutan yang amat bermakna kepada seluruh warga FELDA."
2. "Malah, saya juga turut merasa bangga dan bersyukur, kerana YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri sekali hadir memeriahkan sambutan ini. Satu sejarah yang membanggakan untuk rakyat Pahang."
3. "Terima kasih sekali lagi kepada YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri atas kesudian hadir ke majlis ini."
Jelas bahawa dakwaan kononnya tiada ucapan penghargaan kepada YAB Perdana Menteri adalah bercanggah dengan fakta yang terdapat dalam ucapan tersebut.
Sehubungan itu, Norman Daud selalu pemimpin tertinggi PKR Pahang sepatutnya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan kepada umum dan tidak membuat tuduhan secara kasar tanpa menyemak fakta terlebih dahulu.
Dalam suasana politik hari ini, setiap kenyataan yang tidak tepat hanya akan mengeruhkan hubungan serta mencetuskan salah faham antara pelbagai pihak.
Artikel ini ditulis bukan untuk memburukkan mana-mana individu atau mana-mana pihak, sebaliknya bertujuan memperbetulkan fakta agar perbincangan awam berasaskan kebenaran, bukannya persepsi atau dakwaan yang tidak disokong oleh bukti.
Apa Reaksi Anda?











