PAS Culas Bayar Hutang?
Berhutang bukan sekadar urusan angka dan janji bertulis, tetapi ia menyentuh soal maruah, amanah dan tanggungjawab yang sangat berat di sisi agama. Ia mungkin tampak ringan di mulut “nanti aku bayar” namun hakikatnya, hutang adalah beban yang mengekori si peminjam hidup dan mati. Rasulullah SAW pernah mengingatkan kita dengan tegas: "Penangguhan pembayaran hutang oleh orang yang mampu adalah satu kezaliman." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Maka, apakah layak kita memandang enteng pada janji yang ditangguh, sedang Islam memandangnya sebagai kezaliman?
Baru-baru ini, tular di media sosial, https://www.tiktok.com/@emjay_733/video/7518725159520439568?_r=1&_t=ZS-8xRXxoYsBEH, satu isu yang mengejutkan apabila didedahkan bahawa pihak Harakah didakwa berhutang sebanyak RM2.4 juta, sehingga memaksa wakil syarikat pemungut hutang, Naz Press Resources (M) Sdn. Bhd., hadir sendiri dan menerjah ke bangunan Harakah bagi menuntut bayaran. Tindakan itu bukan sahaja menggemparkan, malah mencetuskan persoalan besar tentang integriti kewangan dan kebertanggungjawaban pihak yang sering melaungkan nilai Islam dalam perjuangannya. Jika benar, bagaimana mungkin sebuah entiti media yang sinonim dengan perjuangan Islam boleh terpalit dengan isu hutang sehingga ke tahap dikejar oleh 'debt collector'?
Malah bukan itu sahaja. Slogan yang sering dilaung-laungkan iaitu “PAS Tawan Pahang” turut menimbulkan persoalan besar. Bagaimana mahu menawan dan mentadbir sebuah negeri, menjaga kebajikan rakyat serta mengurus hal ehwal kerajaan, andai hutang akhbar pun gagal diselesaikan? Kalau setakat nak bayar bil surat khabar pun terkial-kial, apa jaminannya urusan negeri tidak kelak menjadi kucar-kacir? Kita sebagai rakyat harus bijak dan waras dalam membuat pilihan. Janganlah hanya terpesona dengan laungan slogan hingga kita lupa segala usaha dan inisiatif yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pahang demi kesejahteraan rakyat.
Nukilan,
Dya Nuhaa
Mewangi Tapi Berduri
Apa Reaksi Anda?











