PAS dulu jilat DAP bukan UMNO
PAS seolah olah sudah hilang ingatan bila menempelak UMNO berkaitan kerjasama politik antara PAS dan UMNO . Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man tanpa ada rasa malu mengatakan Kalau tak mahu eloklah terus jilat DAP’, PAS beritahu Umno
Tentu sahaja Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi mempunyai alasan sendiri dengan membalas kenyataan peminpin PAS agar Pas mahu bekerjasama dengan UMNO? Usah mimpi siang hari. Malahan beliau menambah .PAS gila talak

Entah apa mimpi PAS tiba tiba teringatkan UMNO? Terkenang kenang kisah lama dalam Muafakat Nasional dengan memberikan alasan penyatuan ummah. Barangkali hati bengkak kerana PAS menang banyak kerusi di Parlimen dan menguasai 3 Negeri sebagai Menteri Besar tetapi menjadi pembangkang di Parlimen. Tetapi UMNO yang bijak berpolitik sekalipun hanya menang 30 kerusi Parlimen, adalah sebahagian dari Kerajaan Perpaduan.
Kenyaan Timbalan Presiden PAS YB Tuan Ibrahim Tuan Man adalah helah politik sahaja bagi menunjukkan kononnya hanya PAS yang mahukan Perpaduan Ummah sebaliknya UMNO menolak. Mereka sudah mengetahui apakah pendirian UMNO yang sedang berada dalam Kerajaan Perpaduan adalah mustahil untuk bersama PAS sebagai pembangkang.
UMNO sebuah parti yang sarat dengan pengalaman yang ditubuhkan sebelum parti PAS wujud dan memahami tindaktanduk seteru politik. PAS tidak pernah ikhlas berkawan dalam membentuk pakatan politik berdasarkan rekod pengkhianat PAS dalam Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat dan bersama UMNO dalam Muafakat Nasional.
Presiden PAS sendiri pernah mengatakan tidak akan kembali menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan jadi UMNO juga boleh menyatakan pendirian yang sama tentang pendirian parti dan adakah boleh UMNO katakan kepada PAS supaya terus menjilat Gerakan?
Kerjasama UMNO dan DAP hanyalah bersama menyertai Kerajaan Perpaduan ketika negara berhadapan dengan kemelut politik bila tiada mana mana gabungan politik boleh membentuk kerajaan sejurus PRU 15 dan atas Titah KDYMM Tuanku Agong supaya dibentuk Kerajaan Perpaduan. UMNO tidak pernah secara rasmi menyertai gabungan parti dalam Pakatan Harapan sebagaimana PAS yang terlebih dahulu menyertai Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat dengan menjalinkan kerjasama memeluk dan menjilat DAP.
PAS hanya memancing sentimen simpati Melayu Islam untuk menenangkan penyokong PAS kerana mereka sehingga kini tidak dapat membentuk kerajaan dengan alasan kononnya UMNO tidak menyokong kerjasama untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang didominasi oleh orang Melayu Islam tanpa DAP. Penyokong mereka ternanti nanti “sudah cukup jumlah” dan meyakinkan penyokong akan membentuk kerajaan dari bulan Ogos, September, November, Oktober dan hingga kini ternyata memberikan harapan palsu.
YB Tuan Ibrahim Tuan Man dan beberapa mereka yang tergolong dalam kelompok yang dianggap sebagai golongan ulama dalam PAS merasakan mereka akan terpinggir apabila YAB Ahmad Shamsuri Moktar MB Terengganu di canangkan sebagai PM yang dikatakan mewakili golongan profesional.
Sudah ada kebimbangan kepimpinan ulama tidak akan diperakui lagi memandangkan golongan profesional akan diletakkan sebagai Perdana Menteri masa akan datang mencetus kan kebimbangan mereka sebagaimana sejarah awal penubuhan parti Amanah yang mana golongan profesional menguasai PAS suatu ketika dahulu.
Timbalan Presiden PAS merasa terancam dan perlu melakukan provokasi terhadap UMNO untuk political miliege beliau.
PAS makin terdesak, nafas sesak tapi berlagak.
Belum bergigi nak menggigit, belum berkuku nak menggaru
#pedas berapi
Apa Reaksi Anda?











