Penampakan pocong undang resah

Oleh : BARD
Julai 5, 2024 - 10:00 MYT
Penampakan pocong undang resah

Gara-gara menyamar jadi pocong, seorang lelaki berdepan padah ditahan pihak berkuasa kerana menakut-nakutkan orang ramai.

Perbuatan pelaku digelar AG di Gunungkidul, Yogyakarta itu turut menjadi tular di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi.

Klip berdasarkan rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) itu dikongsikan oleh beberapa pengguna Instagram yang jelas memaparkan sosok 'pocong' sedang berdiri di atas sebuah kenderaan.

Ketika disoal siasat polis, AG memberi alasan dia kesejukan lalu menyelubungi tubuhnya dengan kain berwarna putih seperti pocong.

"Dia sudah memohon maaf kerana melakukan gurauan melampau seperti itu dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi," ujar jurucakap pihak berkuasa, Purwanto.

Beliau turut memberi amaran supaya tidak menjadikan objek seperti hantu sebagai bahan jenaka yang boleh meresahkan orang ramai. 

Sumber

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow