Sidang Dewan Negeri Pahang akan disiarkan secara langsung
Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang bagi Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga yang dijangka Berlangsung pada September ini akan disiarkan secara langsung.
Perkara tersebut telah diumumkan dalam Mesyuarat Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang yang dipengerusikan oleh YB. Speaker Dewan Negeri Pahang, Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsudin di Bilik Gerakan Sri Pahang, PPSAS, semalam.
Menurut beliau, Kerajaan Negeri telah bercadang mengadakan siaran secara langsung ini telah bermula pada Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang namun menerima provokasi daripada pihak pembangkang.
Beliau turut berkata, Selain mempunyai Sidang Dewan yang neutral dan tidak memihak kepada mana- mana pihak kita juga ingin rakyat melihat bagaimana ahli-ahli Dewan Negeri mereka berbahas dan berbincang dalam Dewan Undangan Negeri.
Siaran langsung pada September ini akan akan disiarkan di page rasmi Sidang Dewan Undangan Negeri bermula pukul 9.30 pagi.
Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan yang telah dipilih juga dijangka akan mengangkat sumpah dalam Sidang Dewan Negeri yang akan berlangsung September ini.
Apa Reaksi Anda?











