Sidang DUN Pahang bukan tempat pembangkang kelirukan rakyat

Oleh : ANAK CILI
Mei 8, 2024 - 17:12 MYT
Sidang DUN Pahang bukan tempat pembangkang kelirukan rakyat
Apakah niat YB Tuan Ibrahin Tuan Man selaku Ketua Pembangkang menimbulkan isu hutang tersebut?

Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang yang sedang berlangsung sedikit panas apabila Ketua Pembangkang YB Tuan Ibrahim Tuan Man ADUN Cheka di lihat cuba mengelirukan rakyat. Sebagai orang lama dalam politik amat menyedihkan apabila beliau di lihat tidak membuat homework sebelum membawa isu di dalam Dewan Undangn Negeri Pahang.

Ketika membahaskan Titah DiRaja, kelihatan seolah olah tidak gembira dengan keupayaan Pahang mengurangkan hutang Kerajaan Negeri Pahang kepada Kerajaan Persekutuan. Beliau cuba mengelirukan rakyat dengan menyatakan Kerajaan tidak dikira sebagai “membayar hutang” kerana tidak membayar dalam bentuk tunai kepada Kerajaan Persekutuan sebaliknya RM 2.074 billion sebagai hutang hapus kira.

Namun YAB Menteri Besar Pahang Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail membidas kenyataan tersebut yang mana beliau tidak pernah menyebut Kerajaan Pahang telah membayar balik secara tunai tetapi Kerajaan Pahang telah berjaya mengurangkan hutang dari RM 3.31 bilion kepada RM 993.62 juta.

"Apa masalahnya..kaedah dan bagaimana Kerajaan Negeri bagaimana menyelesaikan hutang adalah kebijaksanaan Kerajaan Negeri", tegas YAB Menteri Besar Pahang Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail.

Sikap yang ditunjukkan oleh Ketua Pembangkang sangat memalukan sebagai Ahli Dewan yang sepatutnya menyokong usaha yang telah dilakukan oleh pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional dalam  menyelesaikan hutang kepada Kerajaan Persekutuan. Apa yang penting hutang dapat dikurangkan dan mengenepikan perkara remeh Kerajaan Negeri Pahang tidak membayar secara tunai.

Apakah niat YB Tuan Ibrahin Tuan Man selaku Ketua Pembangkang menimbulkan isu hutang tersebut? Tidak lain dan tidak bukjan hanya untuk bertujuan mengelirukan rakyat tentang istilah dan cara tetapi bukannya melihat isu secara holistik ianya berjaya di kurangkan.

YB Tuan Ibrahim Tuan Man juga membawa isu hutang SUKMA yang menurut beliau adalah satu jumlah yang besar yang belum di bayar oleh Kerajaan Negeri Pahang. Tetapi kenyataan tersebut telah disanggah oleh ADUN Tioman YB Dato Sri Johari Husin (Exco Belia Dan Sukan penggal sebelum ini) yang mengatakan Kerajaan Negeri telahpun melunaskan hutang tersebut.

Ternyata Ketua Pembangkang tidak melakukan homework sebelum melangkah masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri dengan memeriksa fakta yang betul. Amat memalukan bagi seorang Ketua Pembangkang yang sudah lama berkecimpung dalam politik tetapi tidak melengkapkan diri dengan fakta sebaliknya lebih mirip ingin membawa persepsi buruk kepada Kerajaan Negeri.

Jika Ketua pembangkang yang boleh dikatakan “otai” pun mempunyai kualiti cap ayam, bagaimana pula dengan sebilangan besar ADUN PN di Dewan Undangan Negri Pahang yang masih mentah? Itu pun ramai dikalangan penyokong PN di Pahang beriya iya benar mahukan Sidang Dewan Undangn Negeri Pahang disiarkan secara langsung.

Nanti rakyat tepuk dahi dan mengakui akan kesilapan mereka memilih wakil rakyat PN mewakili kawasan mereka jika itulah kualiti yang ditunjukkan sebagai Yang Berhormat..

Terbeli kerbau bengkak leher…

PEDAS BERAPI
ANAK CILI

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow