Yang lepas kita biarkan, nekad tebus kembali kekecewaan

Oleh : BARD
Julai 3, 2024 - 12:00 MYT
Yang lepas kita biarkan, nekad tebus kembali kekecewaan

Seluruh jentera dan ahli UMNO Bahagian Maran bertekad untuk menebus kembali kekecewaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu di kawasan berkenaan dalam usaha memastikan pembelaan terhadap masyarakat dapat dilaksana sebaiknya.

Iltizam tersebut dinyatakan Ketua UMNO Maran, Dato' Sri Shahaniza Shamsudin ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat UMNO bahagian berkenaan yang disempurnakan Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Ahad.

“Pelbagai program kita susun atur termasuklah kita jadikan setiap Rabu untuk masyarakat di Maran ini berkongsi masalah.

“Kita buat sekadar termampu dan atas kesedaran inilah masing-masing bertekad untuk memastikan pada PRU akan datang kita tebus kembali kerusi kawasan ini bagi melicinkan lagi khidmat bakti di sini,” katanya.

Dalam ucapannya juga beliau berharap seluruh ahli di kawasan berkenaan mengetepikan segala perbezaan pandangan dalam usaha mencapai kejayaan kelak.

“Insya-Allah… kita mengambil pendekatan bahawa sekali kalah, kami tidak akan sesekali mengalah dan kami akan buktikan, kami akan bangkit kembali.

“Saya selalu menyebut tentang kesetiaan, saya selalu menyebut tentang pengkhianatan. Apa yang telah lepas, lepas. Yang kita nak adalah menuju ke depan. Jadi kami di Maran mengambil pendekatan yang agak berbeza daripada sebelumnya.

“Kita lebih kepada nak bersepakat, kita nak kurangkan masalah dalaman, yang kita pasti bahawa kekalahan kita serba-sedikit disebabkan masalah dalaman kita. Insya-Allah kita gerak bersama dengan pelbagai pendekatan,” ujarnya lagi.

Sumber

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow