110 peserta Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran terima sumbangan tunai Kerajaan Pahang

Oleh : BARD
Mei 23, 2024 - 11:00 MYT
110 peserta Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran terima sumbangan tunai Kerajaan Pahang


Kerajaan Negeri Pahang memperuntukkan sebanyak RM110,000 untuk 110 peserta Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan yang akan bermula pada malam ini di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan

Setiap Peserta telah menerima sumbangan sebanyak RM1,000 yang telah disampaikan oleh YB Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang.

Dalam ucapan YB EXCO beliau berkata bahawa sumbangan ini merupakan salah satu cara Kerajaan Negeri Pahang memuliakan Ahli Quran dan pembawanya dan “Kerajaan Negeri merasa amat berbangga kerana menerima tetamu tilawah dan hafazan Al-Quran di Negeri Pahang Darul Makmur, mudah-mudahan negeri ini dengan kehadiran anda semua terus makmur, mendapat keberkatan dengan bacaan firman-firman, kalam Allah SWT”.

Pada tahun ini seramai 14 qari dan 15 qariah akan bertanding bagi mewakili negeri masing-masing dan seramai 81 peserta lagi merupakan peserta hafazan bagi Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan yang bermula pada malam ini.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow