19,525 orang mahasiswa terima Bantuan Prihatin Pahang
Seramai 1,600 orang mahasiswa telah menerima Bantuan Prihatin Pahang 2024 yang telah disampaikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Bin Wan Ismail di Dewan Kompleks Sukan UMPSA, Gambang isnin baru ini.
Setiap mahasiswa menerima bantuan kewangan berjumlah RM400 berbanding RM300 pada tahun lalu kerana YAB Menteri Besar fahan situasi kesulitan yang dihadapi siswa yang memerlukan sokongan kewangan serta ini membuktikan Kerajaan Negeri sentiasa prihatin pada golongan yang memerlukan.
Dalam ucapan perasmian, YAB Menteri Besar juga berjanji akan naikkan bantuan ini pada tahun hadapan sekiranya kedudukan kewangan Kerajaan Negeri bertambah baik atau berlaku pertambahan hasil sebanyak RM1.6 bilion.
Bagi tahun 2024 ini Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM14.18 juta ringgit berbanding pada tahun lalu cuma RM8 Juta ringgit dan jumlah keselurahan penerima BPP Kluster Siswa bagi tahun 2024 adalah seramai 19,525 orang mahasiswa yang terdiri daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta milik Kerajaan Negeri Pahang.
Turut sama hadir ialah YB. Speaker Dewan Negeri Pahang, Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsuddin, Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan, YB Dato’ Sri Ir Haji Mohd Soffi Tan Sri Abd Razak serta barisan Exco Kerajaan Negeri Pahang.
Apa Reaksi Anda?











