Abang maut dipanah petir ketika cari adik

Oleh : BARD
September 10, 2025 - 09:00 MYT
Abang maut dipanah petir ketika cari adik

Seorang lelaki maut akibat dipanah petir ketika keluar mencari adiknya di sebuah tapak projek CSR, Kuala Atok, Sega, Dong di sini pada Isnin.

Mangsa dikatakan dari Kuala Lumpur dan datang ke kawasan tapak projek itu untuk menziarahi adiknya.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.30 petang itu, mangsa dipercayai keluar mencari adiknya yang sedang bekerja di tapak Projek CSR Seksyen 4B, Kampung Kuala Atok di sini.

Menurutnya, mangsa dikatakan datang menziarahi saudaranya itu Ahad lalu dan tinggal bersama di rumah kongsi berhampiran.

"Mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Benta, Kuala Lipis bagaimanapun telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan bertugas," katanya.

Mohd Shahril berkata, pemeriksaan pada luaran mayat mendapati terdapat kesan koyakan pada kaki seluar mangsa di sebelah kiri disyaki kena penahan petir.

Sumber

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow