Air Percuma untuk Rakyat Pahang: Program Diteruskan demi Kebajikan Golongan Sasar

Oleh : BARD
Ogos 7, 2025 - 12:00 MYT
Air Percuma untuk Rakyat Pahang: Program Diteruskan demi Kebajikan Golongan Sasar

Kerajaan Negeri Pahang terus komited menjaga kebajikan rakyat menerusi pelaksanaan semula program Rebat Air Makmur (RAM) yang kini dijenamakan sebagai Program Air Percuma Pahang 1st, sejajar dengan pelancaran inisiatif Aspirasi Pahang 1st oleh YAB Menteri Besar, Dato' Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail.

Program bantuan air percuma ini telah mula diperkenalkan pada tahun 2024 di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang sebagai usaha mengurangkan beban kos sara hidup bagi rakyat yang memerlukan. Kini, ia diteruskan dan diperluas bagi memastikan manfaatnya dapat dinikmati secara lebih menyeluruh.

Menurut Menteri Besar, keputusan untuk meneruskan program ini telah dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri baru-baru ini setelah mengambil kira kedudukan kewangan kerajaan negeri serta prestasi kewangan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) yang semakin kukuh.

“Pelaksanaan inisiatif ini melibatkan pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu (m³) pertama setiap bulan kepada golongan sasar yang dikenal pasti. Sebanyak RM7.3 juta diperuntukkan setiap tahun dan memberi manfaat kepada kira-kira 38,000 pengguna di seluruh negeri,” katanya dalam satu kenyataan media.

Antara golongan yang layak menerima manfaat ini ialah rumah berpendapatan rendah (B40) Golongan khususnya penerima bantuan e-Kasih, i‑Damak, penghuni PPRT, dan RRP.

Program ini bukan sahaja meringankan beban hidup rakyat, malah selari dengan agenda kerajaan negeri dalam memastikan keadilan sosial dan kesejahteraan rakyat dipelihara tanpa mengira latar belakang.

Dalam masa sama, Tok Wan turut menyeru rakyat Pahang untuk mengamalkan penjimatan air dan mengelakkan pembaziran dalam kehidupan seharian, sejajar dengan usaha melestarikan sumber air untuk generasi akan datang.

Program Air Percuma Pahang 1st menjadi bukti jelas bahawa komitmen kerajaan negeri terhadap rakyat bukan sekadar retorik, tetapi diterjemahkan dalam bentuk bantuan sebenar yang memberi impak langsung kepada kehidupan harian golongan memerlukan.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow