ANGKA KEMATIAN PERANG DI GAZA CECAH 13,000 - HAMAS
SEMENANJUNG GAZA: Angka kematian rakyat Palestin di Gaza mencecah 13,000 orang pada Ahad, selepas lebih lima minggu pertempuran antara Israel dan kumpulan pejuang Hamas.
Menurut kerajaan Hamas, antara yang maut adalah lebih 5,500 kanak-kanak dan 3,500 wanita, manakala 30,000 lagi cedera.
Kementerian Kesihatan yang dikendalikan Hamas, sebelum ini dilaporkan berkata pihaknya tidak lagi boleh memberikan angka yang tepat kerana pertempuran yang sengit.
Menurut kementerian itu, ambulans yang cuba mengambil mayat berkenaan menjadi sasaran serangan Israel.
Israel pula mendakwa seramai 1,200 rakyatnya meninggal dunia sejak pasukan pejuang Hamas menyerangnya pada 7 Oktober lalu.
Kementerian Kesihatan Gaza adalah sumber rasmi berhubung jumlah kematian dan kecederaan rakyat Palestin dalam perang antara Israel dan Hamas. - AFP
Apa Reaksi Anda?











