AP BERSATU KUALA KANGSAR DIGANTUNG DEDAH TEMBERANG HAMZAH

Oleh : ANAK CILI
November 6, 2023 - 10:00 MYT
AP BERSATU KUALA KANGSAR DIGANTUNG DEDAH TEMBERANG HAMZAH

Parti  Bersatu menggantung keahlian Ahli Parlimen  Kuala Kangsar  Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid selama 4 tahun yang diumumkan oleh Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin ekoran sokongan beliau kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Tindakan penggantungan ini sememangnya sudah dijangka namun jelas menunjukkan kebaculan Bersatu untuk memecat Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu yang telah mengambil keputusan menongkah arus.

Bersatu terpaksa memecat Ahli Parlimen Kuala Kangsar kerana melihat kepada kecenderungan ahli parlimen Bersatu yang lain untuk berpaling tadah semakin jelas kelihatan. Ini berikutan Ahli Parlimen Suhaili Abdul Rahman dari Labuan juga telah mengambil langkah yang samma untuk menberikan sokongan kepada Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan.

Penggantungan ini mendedahkan akan temberang Hamzah Zainuddin yang mendakwa Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu telah diugut oleh SPRM namun setakat ini gagal dibuktikan dan dinafikan oleh SPRM. Maksud pendedahan ugutan itu seolah oleh ingin membela Ahli Parlimen Kuala Kangsar tetapi di akhirnya dia digantung keahlian selama 4 tahun. Apa maknanya?

Selama 4 tahun lagi juga Ahli Parlimen Bersatu akan duduk sebagai pembangkang, berbeza dengan wakil rakyat PAS yang sudah sebati ikat perut kerana tiada peruntukkan diberikan. Bersatu adalah sepihan UMNO dan menjaga orang parti dan rakyat di kawasan sebagaimana pengalaman mereka dalam UMNO sewaktu berada dalam kerajaan yang mempunyai dana bagi memenuhi keperluan rakyat dan orang parti.

Apatah lagi kebanyakan Ahli Parlimen Bersatu adalah muka baru yang sukar bergerak tanpa peruntukan untuk membantu rakyat di Parlimen masing masing melainkan Ahli Parlimen PAS sudah terbiasa memenuhi keperluan rakyat dengan hanya berceramah sepanjang masa.

Sekalipun kerusi Ahli Parlimen tidak perlu di kosongkan samada di gantung atau di pecat ini akan memberikan signal akan ada lagi ahli parlimen Bersatu akan memberikan sokongan kepada PMX memandangkan kedudukan mereka sebgai ahli Parlimen sama sekali tidak terjejas.

Cuma maruah Bersatu dan Perikatan Nasional lah yang terjejas memandangkan saban hari menjual cerita basi pertukaran kerajaan  dan “cukup jumeloh” pada hakikatnya sokongan ahli parlimen mereka sendiri semakin berkurangan dari hari ke hari.

Pedas Berapi

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow