Bercinta 4 tahun, kahwin cuma 4 hari

Oleh : BARD
Julai 22, 2024 - 11:00 MYT
Bercinta 4 tahun, kahwin cuma 4 hari
Gambar Hiasan

Seorang wanita di Batang, wilayah Jawa Tengah mengundang perhatian orang ramai apabila mengaku dia bercerai selepas hanya empat hari mendirikan rumah tangga, lapor saluran berita Tribunnews semalam.

Menerusi rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @aniican, wanita itu memutuskan untuk bercerai selepas mendapati suaminya mempunyai wanita lain.

“Hubungan gelap itu terbongkar selepas berkahwin, kerana kami menjalinkan hubungan jarak jauh selama empat tahun,” katanya.

Lebih mengejutkan apabila bekas suaminya telah berkahwin dengan wanita yang merosakkan rumah tangga mereka.

“Setelah curang, bekas suaminya berkahwin dengan wanita terbabit,” katanya.

Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan rata-rata, netizen berasa simpati dengan dugaan yang dihadapinya.

“Saya sudah baca di platform X, sedih sangat. Semoga anda dapat yang lebih baik,” kata netizen.

“Jangan terburu-buru berkahwin lagi, pastikan calon seterusnya tidak sama seperti yang dulu,” kata netizen lain.

Sumber

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow