BERSATU MAKIN HILANG SOKONGAN MUHYIDIN PANGGIL MESYUARAT TERGEMPAR

Oleh : ANAK CILI
November 9, 2023 - 17:00 MYT
BERSATU MAKIN HILANG SOKONGAN MUHYIDIN PANGGIL MESYUARAT TERGEMPAR
Muhyidin melalui Sceme Of Things merosak politik Malaysia dengan amalan katak lompat

Musim penghijrahan Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Anwar dan Kerajaan perpaduan mengundang keresahan kepada Muhyidin. Muhyidin tidak mahu retak menjadi belah kerana ura ura akan ada lagi beberapa Ahli Parlimen Bersatu untuk sama sama mengikuti jejak langkah Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Labuan, Gua Musang dan Jeli sedang bertiup kencang.

Perkembangan ini menunjukkan wujud konflik yang menggoncang Bersatu yang sedang bergelut dengan krisis keyakinan mereka terhadap kepimpinan Bersatu yang lemah. Muhyidin cuba menggunakan taktik “play victim” dan menyalahkan pihak lain dan jauh sekali untuk mengakui kelemahan kepimpinan beliau selaku Presiden Bersatu.

Beliau mendapat maklumat ada gerakan terancang daripada parti lawan untuk melemahkan Bersatu dan PN dengan sokongan serta ugutan terhadap Ahli Parlimen.

“Bersatu tidak akan tunduk terhadap pakatan jahat ini dan tindakan yang lebih tegas akan diambil,” katanya.

Cuma beliau lupa budaya melompat dan katak politik sebenarnya dicetuskan oleh beliau sebagaimana tindakan memancing ahli parlimen dari UMNO untuk menyertai Bersatu. Pasca PRU 14 , BN yang pada awalnya mempunyai 79 kerusi tetapi diakhirnya hanya tinggal 40 kerusi Parlimen dan kebanyakannya menyertai Bersatu akibat hasutan, ugutan mahupun imbuhan melalui “scheme of thing” ciptaan Muhyidin yang lapar kuasa.

Muhyidin tidak perlu mahu mengajar 26 ahli Parlimen Bersatu yang masih tingggal untuk kekal bersama Bersatu kerana masakan ketam boleh mengajar anaknya berjalan lurus.

#pedas berapi

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow