GUANG ENG VS MASTURA : WAJARKAH GUNA NAMA ISLAM PADA PARTI?

Lim Guan Eng telah memulakan proses undang undang terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas terhadap dakwaan Siti Mastura Muhmad ekoran dakwaan dia memiliki hubungan keluarga dengan pemimpin komunis Chin Peng, atau nama sebenarnya Ong Boon Hua, dan perdana menteri pertama Singapura Lee Kuan Yew.
Kalau bukan kerana kenyataan tersebut beliau bukanlah ahli politik yang dikenali ramai, cuma ramai yang tertanya tanya apakah keistimewaan beliau sehingga berjaya memenangi Parlimen Kepala Batas menewaskan nama besar seperti Rizal Merican.
Apakah sikap tegas dan keras hati atau ego disebalik perwatakan kelihatan seperti Islamik mewakili wanita profesional pas dengan pendidikan bertaraf PHD membawa gelaran Dr beliau tidak tampil memberikan penjelasan?
Ketika di minta memberikan penjelasan di Parlimen oleh Ahli Parlimen DAP , Mastura hanya memekakkan telinga dan tidak memberikan hujah bernas berbahas mempertahankan kenyataannya?
Sebagai pemegang PHD Dr Falsafah Pengurusan Pembangunan Islam beliau tentunya mahir dalam membuat apa apa kajian dan kenyataan beliau pada 4 November di Himpunan Jentera Muslimat dan Ameerah di Kemaman.
Jika beliau tidak memberikan penjelasan sebagaimana di tanya di Parlimen atau di luar Parlimen, ia meletakkan tanggapan masyarakat bahawa ianya adalah kenyataan fitnah dari seorang Ahli Parlimen berkelulusan PHD dengan atas kerusi Parti Islam SeMalaysia (PAS).
Tidak cukupkah dengan deretan kekalahan PAS dalam saman fitnah selama ini? Tidak kurang 10 kes samanf fitnah sejak 2016 hingga kini dimana PAS perlu membayar lebih RM 2 juta ? Jika saman tidak menggerunkan Mastura, sudah ada laporan polis dibuat atas kenyataan beliau yang dilihat merupakan kesalahan bawah Seksyen 504 (pecah keamanan), dan Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan (menyebabkan khianat awam).
Ia juga melanggar Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia serta Seksyen 499 Kanun Keseksaan kerana melakukan fitnah jenayah.
Kerja mereka yang menjadikan Islam sebagai wadah perjuangan adalah menyeru orang supaya beriman, jauh dari mungkar, buat kebaikan. Tunjukkan contoh kepada bangsa lain dengan akhlak yang baik supaya Islam dipuji dan dihormati.
Ini adalah antara sebab penggunaan nama Islam pada parti adalah tidak wajar kerana sebarang salahlaku pemimpin Parti PAS akan dilihat oleh masyarakat samada Islam atau bukan Islam sebagai kelemahan agama Islam sedangkan Islam adalah agama yang sempurna dan menuntut akhlak yang terpuji tidak sekadar menjadikan tudung labuh dan serban menghalalkan perbuatan yang boleh merendahkan agama Islam itu sendiri.
Agama buka daerah terlarang berfikir maka boleh sahaja mengkritik dalam amalan demokrasi tetapi jangan sampai membawa fitnah. Agama bukan diwakili mana mana parti politik sebagaimana PAS.
#pedas berapi
Apa Reaksi Anda?






