SYED SADDIQ SI MULUT LANCANG YANG KECUNDANG

Oleh : ANAK CILI
November 10, 2023 - 17:24 MYT
SYED SADDIQ SI MULUT LANCANG YANG KECUNDANG
Syed Saddiq Si Mulut lancang yang kecundang

Trending seketika nama Syed Saddiq di Twitter yang menyaksikan kicaun kicaun di dunia twitter setelah Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 7 tahun  , denda RM 10 juta dan 2 sebatan setelah didapati bersalah atas 4 pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan penggubahan wang haram.

Ahli Parlimen Muar selama dua penggal itu cukup dikenali sebagai pemimpin muda yang lantang dikatakan memukau ramai terutama golongan muda tetapi itu bukanlah suatu yang menghairankan bagi seorang bekas pendebat terbaik Asia bagi tahun 2015. Cuma kegelojohan beliau menonjolkan diri akhirnya memakan diri dengan kelancangan mulutnya tanpa memandang kiri dan kanan dunia politik yang bersimpang siur.

Pernah suatu ketika apabila diambang kuasa sebagai Menteri Belia dan Sukan beliau berkata 
“Buat apa nak berdebat dengan pencuri”, merujuk kepada Najib Tun Razak yang mahu berdebat dengan Lim Kit Siang. 

“Saya cadangkan Najib berdebat dengan hakim di mahkamah. Beliau akan diadili di sana. Ini kerajaan yang berpegang teguh dengan prinsip rule of law,” ”, ulas beliau lagi.

Kelancangan mulut dengan angkuh dan takbur itu masih basah dalam ingatan rakyat Malaysia terutama sekali penyokong UMNO dan Barisan Nasional yang ketika itu buat kali pertama BN tidak berada dalam kerajaan pasca PRU 14.

Akibatnya beliau kini terkontang kanting bersama Parti Muda yang terpaksa melepaskan jawatan sebagap Presiden Parti Muda. Tidak juga bersama Perikatan Nasional ataupun Kerajaan Perpaduan dengan memilih menjadi wakil rakyat bebas memandangkan tiada pihak berminat untuk Si Mulut Lancang sebagai rakan sekutu.

Beliau seperti sudah jatuh ditimpa tangga dengan keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman bersalah atas salahlaku. Rupanya intergriti yang dilaungkan setiap kali mengeluarkan kenyataan hanyalah retorik politik .
 
Ada manusia yang hidupnya mujur sepanjang hari tetapi malang itu sekelip mata. Malang Syed Saddiq Si Mulut Lancang yang kecundang.

#pedasberapi

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow