Bila ADUN PAS Jengka menjadi terpaling

Bahang suasana Aidilfitri masih terasa , maklumlah di Malaysia ini pemurah dengan segala bentuk jamuan dan perayaan. Di sana sini masih lagi di adakan majlis rumah terbuka Sambutan Aidilfitri, dikalangan masyarakat inilah peluang bersuamuka dan merapatkan silaturahim. Bagi golongan ahli politik majlis sambutan rumah terbuka adalah peluang bertemu seramai mungkin pengundi .
Cuma agak melucukan apabila kehadiran YB di kecam oleh masyarakat setempat gara gara memuatnaik status “tidak selesa “dengan majlis yang diadakan . YB Shahril Azman ADUN Jengka dikatakan memuatnaik posting “tidak selesa “ dengan pancaragam yang memeriahkan majlis di facebook beliau bagaimanapun selepas menerima kecaman bertalu talu masyarakat posting tersebut telah dipadam. Sayangnya..posting tersebut telahpun di screenshoot oleh netizen yang tidak berpuas hati.
Antara lain komen komen tersebut menyatakan rasa kecewa terhadap YB ADUN PAS Jengka yang tidak menghormati majlis orang lain kerana beliau dijemput hadir sebagai jemputan sahaja tetapi sentiasa mencari cela dan kesilapan di mata beliau. Walhal mengikut penganjur dan mereka yang hadir serta emcee di malam itu pancaragam hanya mula selepas sahaja habis solat Isyak.
Tidaklah masyarakat melayu Islam di Jengka ini terlalu jahil sehingga tidak menghormati waktu solat. Apakah YB ADUN Jengka tidak mememeriksa dengan teliti maklumat sehingga memuatnaik status “kurang selesa” seolah olah memperlekehkan majlis yang dianjurkan oleh pihak lain. Sebagai tetamu beliau langsung tidak menunjukkan rasa hormat kepada majlis yang dianjurkan oleh pihak lain.
Setelah menerima kecaman, terus delete dan muatnaik status baru dengan membuang perenggan “kurang selesa” tetapi tidak pula memohon maaf menyebabkan status terbaru berkaitan posting yang sama turut menerima kecaman masyarakat.
@majoritiofficial Alamak. PU Syed pun dah tegur MB Kedah menyanyi. Hmm #majoriti #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #sanusi #menyanyi #hariraya #persembahan ♬ original sound - Majoriti Official
Cuma kita juga ingin bertanya apakah jika MB Kedah menyanyi berkaraoke dalam satu sambutan hari raya aidilfitri hukumnya halal dan di bolehkan tetapi apabila orang lain selain dari pemimpin PAS tidak boleh? Semua ini jelas menunjukkan hipokrasi pemimpin PAS yang hanya mempergunakan Islam hanya untuk meraih sokongan tetapi mereka pula bebas melakukan apa yang tidak boleh di lakukan oleh pihak lain sebagaimana hubungan PAS dan DAP sewaktu ketika dahulu.
Apabila UMNO bekerjasama dengan DAP, PAS akan buka buku dalil baru. Hukum hakam yang sentiasa berubah ubah mengikut selera politik.
Jika PAS halal.Orang lain harammmmm...
Apa Reaksi Anda?






