Kelantan rekodkan 90 kes jenayah seksual 4 bulan pertama. Islam memimpin?
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Polis Kelantan merekodkan 90 kes jenayah seksual di negeri itu dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata ia melibatkan 49 kes rogol, Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak (26), liwat/luar tabii (enam), mengedar gambar lucah (lima) dan menunjukkan isyarat lucah (empat).
Baca selanjutnya https://www.malaysiakini.com/news/704083?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook
Tentu sekali statistik ini mengejutkan masyarakat di Malaysia memandangkan Kelantan yang diperintah oleh PAS lebih 30 tahun iaitu semenjak 1990. Ketika gabungan PAS dan Bersatu galak melanyak lawan politik dengan slogan “Ïslam Memimpin” yang hanya untuk menimbulkan keraguan kerjaama politik dalam Kerajaan perpaduan antara PH dan UMNO membina naratif kononnya Kerajaan Perpaduan akan dikuasai oleh DAP.
Di manakah letaknya bahawa”Islam Memimpin”yang dilaungkan oleh pemimpin PN akan banyak membawa kesan positif kepada nilai Islam yang mampu diterapkan di bawah kepimpinan PAS di Kelantan? Lihat sahaja bukti yang jelas kerosakan akhlak di Kelantan berdasarkan stasistik yang di keluarkan oleh Polis Kelantan.
Islam tidak hanya slogan tetapi rahmat kepada kehidupan masyarakat. Lebih memalukan kebanyakannya adalah melibatkan Melayu Islam yang menetap di negeri yang mahu di kenbali dengan Serambi Mekah? Masih relevankah lagi jolokan Serambi Mekah jika jenayah seksual yang berleluasa?
Apakah Kerajaan PAS Kelantan masih mahu menuding jari ke arah pihak lain kerana gagal mengawal jenayah seksual ? PAS sewajarnya tidak layak menggunakan Islam sebagai nama parti kerana kesucian Islam itu akan di seret sekali di kalangan masyarakat .
PAS hanya menjual slogan sedangkan hasil dari tarbiyah mereka tidak menunjukkan perubahan yang dituntut oleh Islam apatah lagi slogan “Serambi Mekah”.
Ya..PAS memang berjaya! Berjaya merekodkan 90 jenayah seksual empat bulan pertama.
Anak Cili
Apa Reaksi Anda?











