MB Perlis ditahan SPRM: Kata periuk belanga hitam

Oleh : ANAK CILI
April 30, 2024 - 19:21 MYT
MB Perlis ditahan SPRM: Kata periuk belanga hitam

Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini.
Menurut sumber dia ditahan di ibu pejabat agensi antirasuah itu selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak berkuasa berhubung siasatan yang sedang berlangsung ke atas anak lelakinya.

Difahamkan Mohd Shukri ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan salah guna kuasa . Baca selanjutnya  https://www.malaysiakini.com/news/704018

Penahanan MB Perlis bagi membantu siasatan SPRM  selang bebarapa hari selepas anak beliau ditahan untuk siasatan berkaitan dakwaan penyelewengan, salahguna kuasa dan tuntutan palsu membabitkan RM 600,000.000. 

Seperti biasa para walaun sedang menyiapkan alasan alasan untuk terus mempertahankan kredibiliti pemimpin dan PAS sementara para pemimpin PAS mengelak dari membuat sebarang kenyataan berhubung kes yang sedang hangat di perkatakan.

Mujurlah ada PRK di Kuala Kubu Baru yang dapat menyeimbangi laporan berkaitan penahanan MB Perlis dan anaknya termasuk enam yang lain untuk tujuan siasatan SPRM. Jika tidak sukar bagi pemimpin PAS untuk mencari tudung saji untuk menutup bangkai gajah yang bergelimpangan di tengan jalan.

Sebab itu orang tua dahulu sering mengingatkan “kata periuk belanga hitam”. PAS perlu membuktikan kebolehan mentadbir terutama di negeri yang diperintah dan bukan menjadikan pentas ceramah politik berpidato berdegar degar umpama paku sebatang kuat bunyi tukulnya bertalu talu.

“ Baru di tahan untuk siasatan, belum di dakwa lagi”, antara komen klise para walaun yang cuba menenangkan jiwa sendiri sambil perlahan lahan mula mencari jalan menuju ke gua sekiranya pemimpin PAS dan kartelnya di dakwa di mahkamah. Jika didapati bersalah maka akan wujud pula kata kata “ini semua pendakwaan politik”.

Ada deretan kes SPRM melibatkan pemimpin PAS di negeri yang ditadbir seperti Kedah dan apa yang berlaku di Perlis bukan mustahil berlaku di Terengganu dan Kelantan. Paling tidak jawapan paling selamat yang akan digunakan adalah dengan mengatakan itu semua adalah kesalahan atas kapasiti individu dan bukan parti PAS. Mudah ..bila air liur yang diludah kelangit tepercik ke muka sendiri.

Pedas Berapi
Anak Cili

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow