Dilema peruntukan pembangkang
Menggugah kebencian, menimbulkan rasa cela paling tidak satu eksposisi dalam penceritaan politik yang paling mudah tanpa perlu mengajak rakyat berfikir dengan memainkan isu gombal seperti peruntukan kepada pembangkang. Bukan sahaja di Parlimen malahan turut sama menjadi modal di kalangan wakil rakyat di Sidang Dewan Undangan Negeri.
Simpati adalah psikik Melayu yang mudah terasa belas dan itulah harapan wakil rakyat pembangkang yang saban hari mengembala simpati kononnya ketidakadilan pihak kerajaan dengan menidakkan peruntukan kepada pembangkang.
Di kalangan rakyat yang hanya gemar mencari jalan mudah dengan membaca tajuk berita di media sosial atau mereka yang terlatih dengan usrah berbaur politik yang mengembangkann purbasangka akan mudah terjerat dalam lukah pembangkang.
Asasnya yang perlu di fahami oleh rakyat, Kerajaan dibentuk melalui sistem demokrasi dianggotai oleh wakil rakyat yang memperolehi majoriti samaada di Parlimen atau DUN. Tugas hakiki wakil rakyat adalah sebagai pembuat dasar samada di Parlimen atau DUN dengan keterlibatan merangka undang undang .
Wakil rakyat bukan beranggungjawab secara mutlak mengurus kebajikan rakyat kerana sudah ada mekanisma pelaksana kebajikan oleh berbagai jabatan dan agensi Kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat yang di ketuai oleh Menteri dikalangan wakil rakyat atau senator.
Tidak timbul soal Kerajaan menyekat peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang kerana tidak ada mana mana klausa undang undang yang mewajibkan pihak Kerajaan perlu menyalurkan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.
Apa yang perlu dipenuhi oleh pihak Kerajaan adalah menyalurkan peruntukan pembangunan kepada rakyat , cara dan bagaimana itu adalah kebijaksaan pemerintah. Sudah barang tentu wakil rakyat pembangkang akan menerima apa yang sepatunya mereka terima seperti gaji dan elaun dalam menjalankan tugas sebagai wakil rakyat. Itu sahaja.
Apa yang dipraktikkan ini bukan bermula sejak zaman Kerajaan Perpaduan pimpinan PMX tetapi PM terdahulu seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Husin Onn, Tun M, Abdulah Badawi dan Najib Razak tetapi di zaman Ismail Sabri ada berlaku perubahan yang terpaksa dilakukan.
Pihak wakil rakyat pembangkang sebenarnya tahu punca kenapa peruntukan kepada mereka diberikan di zaman Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri tetapi mereka cuba menyembunyikan fakta sebenar. Ianya terjadi akibat daripada MOU yang ditandatangani yang menggariskan beberapa perkara yang perlu dipatuhi oleh wakil rakyat pembangkang .
Pihak pembangkang ketika itu telah berunding dengan membuang sikap ego dan menandatangani apa yang di panggil Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik. Ismail Sabri selaku PM ketika itu berdepan dengan dua keadaan sukar iaitu pertama menangani kesan Pasca Covid 19 kepada negara dan kedua kestabilan politik.
Pasca Covid 19 memerlukan kekuatan politik dengan keterangkuman wakil kerajaan dan pembangkang sama sama membina kembali kehidupan rakyat yang terjejas teruk. Pembangkang ketika itu tidak boleh lagi mengerakkan usaha menjatuhkan kerajaan sebagaimana Langkah Sheraton yang diketuai oleh Bersatu . Kerajaan yang diketuai oleh Ismail Sabri juga terdedah kepada pengkhianatan dikalangan ahli gabungan yang sama menjatuhkan Tun M dan Muhyidin Yasin.
Jika kita lakukan perbandingan dengan apa yang di lalui oleh Kerajaan Perpaduan pimpinan PMX, pihak pembangkang di Malaysia sering membawa naratif kerajaan sekarang akan bertukar semenjak bulan Ogos hingga kini. Jadi jika pembangkang menjadikan peruntukan yang mereka perolehi di zaman Ismail Sabri adalah sesuatu yang tidak langsung mempunyai persamaan dengan situasi politik terkini.
Sikap pembangkang yang diketuai oleh Muhyidin Yasin dan Hadi Awang yang sombong dan ego dalam perundingan berkaitan isu pembangkang juga merencatkan mencapai kata sepakat.
Pihak pembangkang tidak perlu lagi menjadikan isu peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang untuk mengusik indera perasaan dikalangan rakyat. Kerajaan Perpaduan berada dalam keadaan stabil dan mengukuh dengan pertambahan 4 orang lagi yang menyokong kerajaan Perpaduan.
Begitu juga di Negeri, Kerajaan Negeri Pahang yang dikuasai oleh BN sebagai contoh tetap menyalurkan peruntukan kepada rakyat melalui pelbagai inisiatif tanpa mengira fahaman politik . Apa yang penting ialah ianya peruntukan sampai kepada rakyat bukan kepada wakil rakyat pembangkang.
Tugas wakil rakyat pembangkang datang ke Sidang DUN dan bahas serta beri padangan , itu sahaja.
#pedasberapi
Apa Reaksi Anda?











