MIC, Pendirian Politik & Tuntutan Kejelasan Dalam Barisan Nasional

Oleh : BARD
Disember 16, 2025 - 10:00 MYT
MIC, Pendirian Politik & Tuntutan Kejelasan Dalam Barisan Nasional

Saya membaca kenyataan Ketua Pemuda MIC Arvind Krishnan yang lantang menafikan kononnya MIC kemabukan kuasa dan tidak jujur dalam membuat ketetapan politik.

Baru-baru ini Pengerusi Barisan Nasional, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menuntut satu pendirian yang jelas dan tuntas daripada MIC termasuk menyebut bahawa “siang cakap lain, malam pula cakap lain” yang mana bila saya dengar dengan teliti kenyataan itu disebut dengan tenang tanpa emosi, tetapi lebih kepada penjelasan beliau terhadap rentetan tindakan MIC yang berkecelaruan kebelakangan ini.

Sekiranya saudara Arvind boleh membaca keseluruhan konteks dengan jujur, beliau sendiri boleh memahami mengapa ungkapan itu terlintas daripada pemikiran
seorang pemimpin yang hari ini memikul tanggungjawab besar mengemudi Barisan Nasional dalam landskap politik yang penuh dinamik.

Untuk berlaku adil, saya tidak akan bercakap berdasarkan persepsi. Izinkan saya menyusun fakta yang telah dilaporkan secara terbuka dan pastinya saya berada dalam keadaan sedar sepenuhnya ketika menulis kenyataan ini.

Segalanya bermula apabila MIC sendiri mengakui wujud perbincangan awal dengan Perikatan Nasional bagi menentukan hala tuju parti.

“MIC akui ada perbincangan tidak rasmi dengan PN”
https://www.hmetro.com.my/…/mic-akui-ada-perbincangan…

Tidak lama selepas itu, Arvind telah menghantar askarnya untuk menghadiri Mesyuarat Perwakilan Armada Bersatu, sayap parti dalam Perikatan Nasional.
https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/746828

Keadaan menjadi semakin mengelirukan apabila “boss Arvind” menghantar Setiausaha Agungnya menghadiri Perhimpunan Agung Parti Pejuang Tanah Air, satu lagi ‘rakan kongsi’ Parti Perikatan Nasional

https://malaysiagazette.com/…/kelibat-pemimpin-kanan…/

Kemuncaknya? Apabila Mesyuarat Perwakilan Tahunan MIC ke-79 dilaporkan sebulat suara meluluskan usul untuk keluar daripada Barisan Nasional dan menyertai Perikatan Nasional – di mana Arvind juga berada di dalam mesyuarat yang sama.

https://www.astroawani.com/…/terkini-agm-mic-sebulat…

Pada mulanya saya terkejut dan rasa sedikit “pening-pening lalat” tetapi ternyata kebenarannya bila perkara ini disahkan sendiri oleh Pengerusi Perikatan Nasional, yang mengakui bahawa MIC memang pernah memohon untuk menyertai PN.

https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/758789

Pada awalnya saya rasa mungkin saya terkhilaf tetapi bila Mat LV pun kata MIC telah pun “checked-in” ke rumah politik baharu hanya mengukuhkan lagi pendirian sebenar MIC.

https://malaysiagazette.com/…/mic-sudah-checked-in…/

Apa yang paling mengelirukan dan menyedihkan ialah apabila MIC pada satu masa menyatakan kecenderungan untuk bersama Perikatan Nasional, tetapi pada masa yang sama menegaskan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

https://www.freemalaysiatoday.com/…/mic-ikrar-terus…

Hakikatnya, kecenderungan MIC ke arah Perikatan Nasional bukan perkara baharu. Satu Malaysia tahu betapa rapatnya Tan Sri Vigneswaran dan Datuk Seri Saravanan dengan kepimpinan Perikatan Nasional dan dari dahulu lagi mereka telah menyatakan hasrat menyertai Perikatan Nasional namun pada ketika itu mereka tidaklah mabuk kuasa, tetapi hanya keliru.

https://www.astroawani.com/…/mic-sertai-perikatan…

Sekali lagi saya ingat saya tersilap tetapi bila yang kabur pun dah mengesahkan, siapalah saya nak persoalkan.

“Azmin sahkan MIC sertai Perikatan Nasional”

https://suara.tv/…/azmin-sahkan-mic-sertai-perikatan…/

Namun, hanya selepas Pengerusi Barisan Nasional bertegas menuntut penjelasan dan menegakkan nilai kesetiaan dalam gabungan, barulah MIC menyatakan bahawa parti itu akan kekal bersama BN sehingga diputuskan oleh Majlis Tertinggi parti.

https://www.bharian.com.my/…/mic-kekal-bersama-bn…

Maka akhirnya, kenyataan bahawa berlaku percanggahan antara kata dan tindakan bukanlah satu rekaan. Ia lahir daripada rentetan peristiwa yang boleh dibaca, dinilai dan dirujuk oleh sesiapa sahaja, termasuklah rakan saya K Arvind, Ketua Pemuda MIC Kebangsaan.

Sebagai seorang yang pernah menjawat jawatan Setiausaha Pemuda Barisan Nasional dan ketika itu saudara Arvind juga merupakan Setiausaha Pemuda MIC, saya ingin mengingatkan bahawa kesetiaan tidak diuji hanya ketika parti kehilangan kuasa, tetapi juga ketika ada sedikit ruang kuasa. Yang membezakan dan menyatukan kita adalah nilai kesetiaan dan kejujuran.

Arvind juga perlu melihat sejarah bahawa Presiden MIC terawal dahulu membina parti atas prinsip kesetiaan kepada kerjasama dan kestabilan negara bukan politik emosi atau ugutan. Nilai inilah yang sepatutnya menjadi panduan seluruh kepimpinan Pemuda MIC.

Saya masih berharap MIC dapat bermuhasabah dan kembali memperkukuh barisan bersama Barisan Nasional. Ruang perbincangan sentiasa terbuka, sama ada di Dewan Tertinggi BN atau melalui apa-apa saluran musyawarah yang matang. Tetapi kena hadirlah mesyuarat bukan beri alasan memanjang.

Contohilah Datuk Seri Wee Ka Siong. Walaupun wujud perbezaan pandangan, beliau tetap hadir ke meja perbincangan dan mencari titik temu demi kestabilan bersama.
Di situlah perbezaan antara kepimpinan yang berakal dan kepimpinan yang mengkhayalkan.


Fadzmel Fadzil
Exco Pergerakan Pemuda UMNO

Sumber

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow