PRK Tg Piai VS PRK Kuala Kubu Baru. Bukti PAS penunggang agama
PAS sering melaungkan hanya parti yang kononya bersandarkan kepada agama Islam dan pendekatan mereka sahaja Islam manakala kelompok atau parti lain tidak bersandarkan kepada Islam. Lebih malang dalam masa mempromosikan parti PAS , akan bercambahlah bibit kebencian apabila musuh kepada parti PAS akan di label sebagai musuh Islam berdasarkan kepada Ijtihad kelompok mereka.
Kesilapan besar PAS melahirkan mereka yang taksub hingga wujudlah istilah wala’ yang hanya taksub dengan kepimpinan mereka sahaja dan tokoh dari parti mereka. Islam tidak berlegar dengan hanya pandangan satu tokoh dan sewajarnya merentasi semua kehidupan manusia.
Lihat sahaja naratif yang di bawa oleh PAS dalam siri ceramah kempen di PRK Tg “
Piai Johor. Ketika itu PAS dan UMNO sedang membina persefahaman dalam Muafakat Nasional dan berseteru dengan Pakatan Harapan yang menguasai Kerajaan Persekutuan. BN menghantar calon bukan Melayu Islam Wee Jack Seng manakala Pakatan Harapan ketika itu menghantar calon Melayu Islam Hj Karmaine b Sardini.
“Ada jurucakap DAP daripada PAN datang ke Tg Piai. Dia kata dia pelik, dia tak faham kenapa Presiden PAS datang ke Tanjung Piai sokong calon MCA. Lim Kit Siang datang ke Tanjung Piai sokong Pak Imam.Sebab itu kita kata belajar lagi, hey..tuan..tuan.. yang kita nak pilih nibukan imam sembahyang tau, yag kita nak pilih ni pilih wakil rakyat.”
“Kalau nak sembahyang memang kita pilih imam, tak payah tanya.Dengan syarat syarat dengan rukun dia. Ini kita nak pilih wakil yang mewakili tuan tuan ke Parlimen”, kata Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan Presiden PAS ketika berkempen di PRK Tg Piai.
Bandingkan pula apa yang di katakan oleh orang yang sama Tuan Ibrahikm Tuan Man Timbalan Presiden PAS dalam kempen PRK Kuala Kubu Baru. Bezanya cuma PAS tidak lagi bersama dengan BN sebaliknya bersama dengan Perikatan Nasional dan berseteru dengan Pakatan Harapan yang mana dalam Kerajaan Perpaduan yang dianggotai oleh BN.
“Kita semua dijadikan oleh Allah, bukan kita yang pilih kaum , bukan kita yang memilih warna kulit, jadi apakah akan jadi masalah jika orang Melayu atau semua mahu undi calon DAP”, muncul satu pertanyaan menebual Tan Ibrahim Tuan Man yang berkempen di PRK Kuala Kubu Baru.
“apakah ciri ciri itu ada pada calon DAP, adakah dia dirikan sembahyang, keluarkan zakat, takde ciri ciri tu”, jawab Tuan Ibrahim Tuan Man.
“kalau ada pihak calon Perikatan Nasional dari bukan melayu macammana?, tanya wartawan tersebut.
“Tak, kita tak hadapi sekarang”, jawab Tuan Ibrahim Tuan Man sambil tersenyum kambing.
Kesimpulan mudah , PAS akan mudah mengeluarkan apa yang pada pandangan pengikut yang taksub sebagai hukum yang wajib di patuhi kerana kononnya itulah pandangan Islam dari seorang pemimpin parti yang kononnya bersandarkan Islam dengan menggunakan nama Pati Islam SeMalaysia.
Bukan pula satu fitnah kerana masyarakat boleh mendengar sendiri dari video yang di paparkan untuk membuat penilaian apakah benar PAS menunggang agama atau tidak.
Agamawan yang baik adalah yang berjaya menerapkan nilai nilai Islam dalam kehidupan. Apa yang bahaya apabila kesalahan agamawan dalam menyampaikan sesuatu isu akan disangkakan sebagai ajaran Islam. Ditambah pula dengan mereka yang kononnya dianggap agamawan mempunyai agenda politik .
Fikikanlah dengan waras. Jangan kerana akal sejengkal , hidup terjual
Pedas Berapi
Anak Cili
Apa Reaksi Anda?











