Rakyat Sabah Rindukan BN, Manifesto Tepati Janji
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Dato' Sri Abdul Rahman Mohamad menegaskan bahawa manifesto Barisan Nasional (BN) sentiasa dibina berasaskan keperluan rakyat dan rekod pelaksanaannya terbukti kukuh setiap kali parti itu diberi mandat.
Beliau juga Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata, manifesto BN pada pilihan raya kali ini merangkumi enam teras utama dan 30 inisiatif strategik yang meliputi pelbagai aspek kehidupan rakyat Sabah, termasuk ekonomi, pembangunan asas, kebajikan, peluang pekerjaan dan pengukuhan sistem pentadbiran negeri.
“Manifesto BN yang terdapat enam teras utama dan 30 inisiatif yang merangkumi seluruh rakyat serta kehidupan rakyat Sabah. Setiap kali pilihan raya dan BN mengenalkan manifesto yang dikemukakan itu serta menang, maka BN akan terus melaksanakan.
“Biasanya rekod pencapaian BN tidak pernah mungkir janji dan sentiasa melaksanakan tanggungjawab apabila mengemukakan manifesto tersebut. Masa ini adalah ditangan rakyat Sabah untuk memilih dan percaya mereka (pengundi) telah menentukan untuk memilih siapa dan daripada parti mana. Sebenarnya rakyat Sabah rindu dan hendak BN kembali menerajui negeri ini.
“Saya menyeru kepada seluruh rakyat Sabah terus menyokong dan mengundi BN kerana parti ini mempunyai ‘track record’ yang baik untuk pembangunan negeri ini. Bagi calon-calon BN yang bertanding di seluruh negeri ini ‘tolonglah’ berikan perhatian dan mereka cuba beri perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat,” katanya pada program dialog pendidikan dan pemburuhan di perkarangan Kampung Tanjung Batu Keramat, Tanjung Batu, Kalabakan.
Turut hadir calon BN bagi DUN Tanjung Batu, Samasuddin Yusop, Ketua Penerangan UMNO Negeri Perak, Datuk Hang Tuah Din, dan pengundi- pengundi di kawasan itu.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia (KESUMA) menambah, banyak kemajuan infrastruktur dan projek rakyat yang menjadi asas pembangunan Sabah hari ini sebenarnya bermula ketika BN mentadbir negeri dan negara.
“Sejak zaman BN di Sabah ini telah menaikkan pembangunan serta pelbagai insfrastruktur untuk rakyat dan ini berlaku pada zaman parti ini. Ia tidak berlaku selepas zaman BN kalah pada pilihan raya,” katanya lagi.
Seterusnya beliau yang juga bekas Timbalan Menteri Kerja Raya menjelaskan kejatuhan BN pada pilihan raya lalu telah memberi kesan ketara kepada kesinambungan projek pembangunan negeri itu.
“Selepas BN kalah di Sabah, tiada pembangunan-pembangunan baharu yang besar dilakukan oleh kerajaan negeri yang memerintah pada waktu itu seperti pembinaan Pan Borneo yang dikemukakan masa bekas Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Razak.
“Lebih membanggakan pembinaan Pan Borneo ini adalah lebih raya tanpa tol dan diperkenalkan di Sabah dan Sarawak, seterusnya di pantai timur semenanjung pula iaitu antara Bentong,Lipis, Gua Musang sehingga ke Kota Bharu yang dinamakan lingkaran tengah yang melibatkan puluhan bilion dana kerajaan.
“Tetapi apabila berlaku pertukaran kerajaan, di Sarawak, projek Pan Borneo berjalan dengan lancar kerana tidak helah-helah tertentu dan sekarang telah siap 100 peratus dan boleh digunakan. Sabah ini dijangkakan akan siap pada 2027, tapi jangkaan masih sukar untuk siapkan lebuh raya ini.
Tambah Ahli Parlimen Lipis, perubahan pentadbiran yang kerap berlaku akan menjejaskan kesinambungan pembangunan dan menyukarkan pelaksanaan projek-projek penting.
“Saya bimbang projek-projek seperti ini akan menjadi satu masalah kerana bertukar tangan kerajaan negeri dan perkara ini akan menjadi sampai pilihan raya akan datang,” tegasnya.
Apa Reaksi Anda?











