Ahli MUDA Kluang Sertai UMNO Kejayaan Pertama Agenda Rumah Bangsa

Oleh : BARD
Februari 9, 2026 - 11:00 MYT
Ahli MUDA Kluang Sertai UMNO Kejayaan Pertama Agenda Rumah Bangsa

Usaha UMNO menyatukan keyakinan menerusi agenda Rumah Bangsa membuahkan kejayaan pertama dengan kemasukan ahli Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) ke dalam parti itu.

Justeru, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi percaya lebih ramai lagi yang akan bersama dengan parti itu menerusi Rumah Bangsa yang bertujuan menarik sokongan ahli rentas parti, khususnya generasi muda.

Semalam media melaporkan MUDA Kluang di Johor secara rasmi berkubur apabila semua kira-kira 100 ahli diketuai Ketuanya, Shikh Mohd Farkhann meninggalkan parti dan menyertai UMNO.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, semua pihak yang berhasrat untuk menyertai UMNO atau mereka yang tertarik dengan parti itu boleh bersahabat dalam rumah besar terbabit.

UMNO sendiri, katanya sentiasa membuka ruang dan peluang untuk mereka bersama dalam Rumah Bangsa.

“Dalam ucapan dasar ketika Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, saya telah menghamparkan supaya Rumah Bangsa ini diwujudkan dan hasil daripada itulah mendorong penyertaan ahli MUDA (ke dalam UMNO).

“Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin yang menjadi Pengerusinya (Rumah Bangsa) telah berusaha untuk menarik mereka yang telah meninggalkan UMNO, mereka yang berhasrat untuk menyertai UMNO atau mereka yang tertarik dengan UMNO, untuk bersama-sama dalam rumah besar ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan bantuan Ramadan kepada masjid dan pusat anak yatim pada Program ‘Road To Ramadan’, di Masjid Kariah Pantai. 

Sumber

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow