Wayang politik Muhyidin

Oleh : ANAK CILI
November 27, 2023 - 16:55 MYT
Wayang politik Muhyidin
Muhyidin dan wayang politiknya

Tindakan Muhyidin Yasin membuat pusingan U dengan menarik balik kembali hasrat untuk tidak mempertahankan jawatan Prresiden Parti Bersatu adalah sesuatu yang telah dijangka. Beliau yang mengumumkan tidak akan bertanding jawatan Presiden Bersatu dalam pemilihan pada hujung 2024 pada Perhimpunan gung Bersatu Jumaat lalu umpama ingin menguji sejauh manakah sokongan ahli Bersatu yang hadir. 

Tentu sekali Muhyidin ingin melihat siapakah diantara kepimpinan Bersatu yang mengidamkan jawatan Presiden Bersatu dan ingin mengatur “scheme of thing”seterusnya.

Setelah umpannya di makan , Muhyidin terus membuat pusingan U dengan mengatakan beliau menarik balik hasrat untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Bersatu setelah dipujuk oleh isterinya. Skrip sebegini adaah plot twist yang mudah dijangka kerana permainan politik Muhyidin mudah ditelaah.

“Langkah Sheraton dan schme of thing ”adalah plot perancangan yang teratur merupakan cara Muhyidin mencapat matlamat. Jika tidak kerana kelicikannya tidaklah jatuhnya kerajaan Pakatan Harapan melalui Langkah Sheraton dan sebilangan Ahli Parlimen BN yang beralih arah menyokong beliau.

Muhyidin boleh terus bermain wayang politik tetapi beliau harus sedar bahawa Bersatu bukanlah parti yang mempunyai akar umbi sebaliknya hanya bergantung kepada gabungan bersama PAS dalam Perikatan Nasional. 


Politik sandiwara Muhyidin tidak akan bertahan lama dengan dikelilingi oleh pengkhianat dalam parti sendiri mahupun sifat khianat yang ada di kalangan pemimpin PAS.

Hebat betul pengaruh seorang isteri sehingga melangkaui kuasa perhimpunan agung parti Bersatu.  “Sebenarnya kuasa yang paling besar, saya nak sebutkan di sini, bukan perhimpunan agung. Kuasa besarnya tidak lain ialah isteri saya. Isteri saya hadir sejak semalam atau beberapa hari lepas. Dia teks kepada saya ‘Stay another term, jangan kecewakan mereka. They need you. Mereka ikhlas, Yang’. Saya jawab ‘Yes I know’. ‘Carry on saya restu, kata dia. Bersatu need you, masih belum kuat, kata dia’. Saya jawab ‘I will stay for the last term’. Isteri saya kata ‘Thank you, This is for the nation. Abah must stay on’.”
Peranan  isteri Muhyidin sangat berkesan  . 

Watak “Abah” wayang politik yang tak terkalahkan . Sedangkan Najib Razak dan Mahathir pun boleh beliau singkirkan inikan pula jika ada penentang dikalangan kepimpinan Bersatu yang bercita cita menyainginya yang akalnya sejengkal.

Bila akal sejengkal , hidup pun terjual.

#pedasberapi

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow