SITI MASTURA BERHADAPAN TUNTUTAN GANTIRUGI RM 10 JUTA

Oleh : ANAK CILI
November 16, 2023 - 18:14 MYT
SITI MASTURA BERHADAPAN TUNTUTAN GANTIRUGI RM 10 JUTA
Siti Mastura bakal berhadapan dengan tuntutan gantirugi RM 10 juta oleh Teresa Kok

Siti Mastura bakal berhadapan dengan tuntutan gantirugi RM 10 juta oleh Teresa Kok yang merupakan orang kedua yang telah pun menghantar surat tuntutan (LOD) dan memberikan tempoh yang wajar kepada Siti Mastura untuk meminta maaf dan menarik balik dakwaan dibuatnya.  

"LOD tersebut telah dihantar pada 10 Nov lalu dan sehingga sekarang kita tak lihat dia ada menarik balik kenyataannya yang berbau (menyentuh) agama, perkauman dan memfitnah," ujar Teresa Kok pada sidang media di parlimen hari ini.

Sebelum ini Lim Guan Eng turut mengambil tindakan yang sama ekoran kenyataan dan berakhir hari ini kepada Ahli Parlimen Kepala Batas dari PAS yang juga pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Muslimat PAS Pusat.

Baru-baru ini tular ucapan dibuat Siti Mastura yang mendakwa Kok mempunyai hubungan persaudaraan dengan isteri pengerusi DAP, Betty Chew.

Siti Mastura juga membuat dakwaan beberapa pemimpin kanan DAP - termasuk setiausaha agung parti itu Anthony Loke, naib pengerusinya Nga Kor Ming dan Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham - ada pertalian kekeluargaan.

Beliau yang sudahpun dipanggil memberi keterangan di Bukit Aman dan pihak polis menjalankan siasatan dibuat di bawah  atas kesalahan membabitkan kenyataan yang dikhuatiri mendatangkan, ketakutan dan kegentaran kepada orang awam. Disamping itu siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Siti Mastura boleh sahaja meneruskan dengan keegoannya dengan tidak memberikan penjelasan apabila di tanya oleh beberapa Ahli Parlimen DAP di Parlimen sambil menjual pantun.

Dan akhirnya pantunnya dibeli dengan harga yang cukup mahal apabila laporan polis dibuat atas keengganannya memberikan penjelasan atau memohon maaf.  Jika di sabit kesalahan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. 

Manakala Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Mulltimedia 1998 jika didapati bersalah  boleh dihukum denda RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

Teringat Pantun Siti Mastura Ahli Parlimen Kepala Batas berbunyi:

Pergi kedai beli lidi,
Kelulusan PhD bukan dibeli,
Kera lompat atas pokok,
Masuk Dewan jangan provok.

Siti Mastura boleh menjual sebanyak mana pantun di pentas ceramah PN atau di Parlimen tetapi jika di takdirkan di mahkamah bukan tempat berbalas pantun.

#pedasberapi

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow