Menara Ilham kepunyaan Daim Zainudin disita SPRM

Oleh : ANAK CILI
Disember 21, 2023 - 22:41 MYT
Menara Ilham kepunyaan Daim Zainudin disita SPRM
Bangunan pencakar langit itu di sita ekoran keengganan Daim Zainuddin mengistiharkan hartanya dan keluarganya kepada SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita Menara Ilham, sebuah bangunan komersial bernilai tinggi yang terletak di ibu negara menurut laporan media.

Bangunan pencakar langit itu dimiliki bekas menteri kewangan Daim Zainuddin, yang juga teman rapat bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad.

Channel News Asia (CNA) memetik sumber yang rapat dengan Daim sebagai berkata tindakan menyita itu dilakukan hari ini.

Sumber berkata tindakan itu dibuat selepas tokoh korporat itu enggan mematuhi arahan SPRM untuk mengiytiharkan pegangan kewangan miliknya dan keluarganya.

Menurut CNA, tindakan itu sebahagian daripada siasatan antipengubahan wang haram yang bermula pada Mei lalu berkaitan transaksi korporat bernilai RM2.3 bilion pada November 1997.

Urusniaga itu melibatkan Renong Bhd dan United Engineers Malaysia Bhd (UEM).

Bagaimanapun, CNA melaporkan Daim enggan mengulas mengenai perkara itu.

sumber

PS: Selepas skandal Jana Wibawa ini kes ini antara yang paling menarik. Kita lihat siapa yang kena...

#pedasberapi

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow