Kerajaan Negeri Pahang Komited Sokong Pembangunan Belia Dan Sukan

Oleh : BARD
Mei 22, 2026 - 09:00 MYT
Kerajaan Negeri Pahang Komited Sokong Pembangunan Belia Dan Sukan

Kerajaan Negeri Pahang komited menyokong pembangunan belia dan sukan demi melahirkan generasi muda yang berdaya saing serta bersemangat juang tinggi.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail menerusi hantaran di laman Facebooknya memaklumkan bahawa beliau telah hadir merasmikan pelancaran Liga Bola Sepak Rakyat Pahang 1st Merebut Piala Al-Sultan Abdullah 2026 pada Rabu.

“Malam tadi saya berbesar hati merasmikan pelancaran Liga Bola Sepak Rakyat Pahang 1st Merebut Piala Al-Sultan Abdullah 2026 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

“Tahniah dan syabas kepada Majlis Belia Negeri Pahang selaku penganjur yang berjaya merealisasikan satu kejohanan bola sepak akar umbi berskala besar melibatkan 112 pasukan dari seluruh negeri Pahang.

“Liga Bola Sepak Rakyat Pahang 1st ini akan bermula pada 6 Jun 2026 dan bakal berakhir pada 29 Ogos 2026,” katanya.

Wan Rosdy yang juga Naib Presiden UMNO berkata, liga tersebut menjadi platform untuk mencungkil bakat baharu di samping menyatukan masyarakat.

“Liga ini bukan sekadar pertandingan sukan, tetapi platform mencungkil bakat baharu, menyatukan masyarakat dan menyemarakkan semangat kesukanan dalam kalangan anak-anak Pahang.

“Saya juga sempat brisk walk bersama orang ramai di Stadium Darul Makmur.

“Kerajaan Negeri akan terus komited menyokong pembangunan belia dan sukan demi melahirkan generasi muda yang berdaya saing serta bersemangat juang tinggi selaras dengan Aspirasi Pahang 1st,” katanya lagi. 

Sumber

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow