Rakyat Tolak Parti Berpecah Belah, BN Diyakini

Oleh : BARD
Jun 3, 2026 - 10:00 MYT
Rakyat Tolak Parti Berpecah Belah, BN Diyakini

Exco Wanita UMNO Malaysia, Dr Masliha Harun menegaskan bahawa sejarah telah membuktikan kejatuhan Barisan Nasional (BN) bukan berpunca kelemahan mentadbir, tetapi akibat perpecahan dalaman serta konflik politik yang menyebabkan rakyat hilang keyakinan terhadap kestabilan parti ketika itu.

Menurut beliau, titik paling rendah buat BN adalah apabila gabungan itu tewas walaupun ketika itu jawatan Perdana Menteri masih disandang oleh pemimpin daripada UMNO sendiri.

“Titik terendah BN adalah apabila kita kalah walaupun Perdana Menteri kita datangnya dari UMNO.

“Jangan kita lupa kerana apa, kerana perpecahan dalaman, konflik antara parti-parti kerjasama dan sikap nak jatuhkan sesama sendiri,” katanya menerusi satu hantaran dari Facebooknya.

Beliau berkata, rakyat hari ini semakin matang dalam menilai politik dan tidak mudah terpengaruh dengan permainan persepsi semata-mata kerana apa yang diutamakan rakyat ialah kestabilan, kesepakatan dan kemampuan sesebuah kerajaan untuk mentadbir dengan baik.

“Jangan ingat pengundi tak bijak. Mereka sebenarnya tak suka mengundi parti yang mempunyai masalah berpecah belah dan tak bersepakat,” katanya lagi.

Dr Masliha yang juga Pengerusi Sekretariat Wanita Professional (SWP) turut berpandangan bahawa kejayaan pentadbiran BN di Johor dan Melaka menjadi contoh jelas bahawa rakyat mahukan kerajaan yang stabil, matang dan fokus bekerja untuk kesejahteraan rakyat, bukannya kerajaan yang sibuk bermain politik sepanjang masa.

“Hari ini harap rakyat dah membuka mata bahawa BN memang berpengalaman bab mentadbir dan dah terbukti seperti di Melaka dan Johor.

“Semoga PRN kali ini rakyat boleh mengekalkan kerajaan BN sedia ada,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut mendoakan agar Pas dan PPBM terus maju dengan perjuangan masing-masing bahawa rakyat semikin matang menilai parti yang benar-benar mampu membawa kestabilan untuk negara dan negeri.

“Kepada Pas dan Ppbm, selamat maju jaya dalam membawa haluan masing-masing. Rakyat hari ini sudah semakin matang menilai siapa benar-benar bekerja dan siapa yang hanya muncul ketika musim politik dengan skrip lama menyalahkan orang lain atas kegagalan sendiri.

“Jangan terlalu sibuk bermain sentimen dan menanam kebencian sehingga terlupa rakyat mahukan penyelesaian, bukannya ceramah politik tanpa penghujung.

“Ketika diberi peluang mentadbir, janji melangit akhirnya tinggal slogan, manakala rakyat pula terus dibebankan dengan pelbagai alasan dan kegagalan yang cuba disorok di sebalik propaganda,” tegasnya.  

Sumber

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow