“Ugut Budak-Budak”… Kenyataan Dangkal, Perlekeh Angkat Suara Rakyat

Oleh : BARD
Mei 26, 2026 - 10:00 MYT
“Ugut Budak-Budak”… Kenyataan Dangkal, Perlekeh Angkat Suara Rakyat

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang, Hasrunizah Hassan membidas kenyataan pihak yang mendakwa ketegasan kepimpinan Johor sebagai “ugut oleh budak-budak”, sambil menyifatkan kenyataan itu dangkal, sinis dan memperlekeh suara rakyat negeri ini.

Beliau yang juga Exco Wanita UMNO Malaysia menjelaskan, kenyataan tersebut jelas menunjukkan ada pihak mula gelisah apabila kepimpinan Johor tampil lantang mempertahankan hak rakyat serta kepentingan negeri tanpa tunduk kepada tekanan politik.

“Sejak bila suara tegas dianggap ugutan? Sejak bila mempertahankan negeri dianggap melampau? Kenyataan tersebut yang mengundang persoalan.

“Johor bukan bersuara tanpa sebab. Johor bersuara kerana tanggungjawab di saat rakyat perlukan pembelaan, maka kepimpinan negeri tampil dengan keberanian,” katanya.

Mengulas lanjut, Hasrunizah juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Pontian berkata, rakyat kini semakin muak dengan politik sindiran dan permainan persepsi yang cuba memperlekeh usaha pemimpin negeri yang bekerja demi rakyat.

“Ini bukan soal siapa lebih kuat, ini soal siapa yang benar-benar berdiri untuk rakyat. Dan hari ini, semakin ramai yang memilih untuk berdiri bersama kepimpinan Johor yang sedia ada,” jelasnya.

Hasrunizah turut menegaskan bahawa ketegasan kepimpinan Johor bukan budaya mengugut, sebaliknya lambang keberanian mempertahankan maruah negeri dan memastikan suara rakyat tidak dipandang ringan oleh mana-mana pihak.

“Kerana tegas… bukan bermaksud mengugut. Tegas… adalah tanda Johor mendahulukan rakyat dan pembangunan negeri,” ujarnya.

Sumber

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow