Enam orang lagi pemimpin PN akan sokong PMX
Perikatan Nasional makin cemas , segala yang di lakukan untuk mengekang penghijrahan sokongan Ahli Parlimen PN kepada PMX nampaknya menemui jalan buntu. Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang) menjadi Ahli Parlimen ke lima mengumumkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat.
Beliau menyertai kelompok awal empat yang lain daripada BERSATU yang menyatakan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri selepas Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan).
Baru setahun Kerajan Perpaduan dibentuk sudah lima orang Ahli Parlimen pembangkang mengalih sokongan , ura ura 6 orang lagi Ahli Parlimen PN mengambil keputusan yang sama menjadi spekulasi yang merimaskan Perikatan Nasional.
Berita enam lagi Ahli Parlimen PN akan menyokong Perdana Menteri dinyatakan oleh Syed Abu Husin Ahli Parlimen Bukit Gantang sejurus serangan terhadapnya oleh Ahli Parlimen PN terhadap keputusan beliau menyokong PN.
Ramai di kalangan Ahli Parlimen PN dikatakan tidak berpuas hati dengan cara kepimpinan PN yang bersikap tertutup akan perbincangan mereka dengan Timbalan Perdana Menteri 2 yang ditugaskan oleh PMX untuk berunding.
Alasan yang diberikan oleh pimpinan PN kepada Ahli Parlimen PN bahawa mereka perlu mengikuti syarat yang ketat jika mahukan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang diberikan. Tetapi menurut Syed Abu Husin Ahli Parlimen Bukit Gantang butiran rundingan langsung tidak didedahkan kepada mereka dan dibawa berbincang berkaitan peruntukan kepada pembangkang. Kenapa pucuk pimpinan PN tidak dedahkan butiran rundingan yang dikatakan ketat biar rakyat semua tahu?
Selama setahun juga usaha usaha dilakukan oleh pemimpin PN untuk memujuk Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan terutama Ahli Parlimen BN untuk menyokong PN. Kenyataan dalam hansard di Parlimen yang di buat oleh Ahli Parlimen Arau dan Marang akan sampai masanya parti pembangkang menubuhkan kerajaan malahan AP Arau juga menyatakan “empat pergi sana 10 datang sini”menunjukkan ada usaha dilakukan untuk memujuk AP Parlimen BN menyokong PN.
Bila ditanya kepimpinan PN oleh AP PN mereka menjawab “akan datang dah dekat dah dah dekat dah..” dan itu lah yang dimomokkan kepada rakyat bermula bulan Ogos, September, Oktober, November bahawa PN akan mengambil alih kerajaan Persekuatuan.
Ternyata kenyataan tersebut meleset malahan Kerajaan Perpaduan pula semakin mengukuh dengan sokongan lima Ahli Parlimen PN dari Bersatu menjadikan kedudukan kini melebihi majoriti 2/3 dengan 152 orang menyokong PMX.
Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang) juga mendedahkan akan ada lima hingga enam Ahli Parlimen PN akan menyokong PMX
Janganlah telor mengatakan lepang tak pandai duduk . Pemimpin PN perlu mengakui kelemahan diri sendiri.
Lemah..
#pedasberapi
Apa Reaksi Anda?











