Gencatan senjata ‘berita baik’, diharap akhiri perang - Hamas

Oleh : PAHANGKU
November 28, 2023 - 09:58 MYT
Gencatan senjata ‘berita baik’, diharap akhiri perang - Hamas
Tiada apa yang diharapkan oleh rakyat Palestin selain daripada gencata senjata dikekalkan sekali gus mengakhiri perang yang telah berlangsung selama lebih 45 hari. - Gambar AP

PASUKAN pejuang Hamas dari Palestin berharap “perang dan keganasan akan dihentikan” ke atas rakyat Palestin, kata pemimpin Hamas, Ghazi Hamad kepada portal berita Al Jazeera.

“Saya berharap kita dapat lanjutkan (gencatan senjata) sehingga kita dapat mengakhiri peperangan ini dan keganasan ke atas rakyat kita di Gaza,” kata anggota biro politik Hamas itu.

“Saya fikir terdapat sokongan yang baik daripada kerajaan Qatar dan Mesir… bahkan dari kerajaan-kerajaan Barat juga. Kesemua mereka mahu gencatan senjata dilaksanakan,” ujar Ghazi lagi.

Dalam masa sama, Ghazi menyatakan harapan agar seluruh komuniti antarabangsa memberi tekanan ke atas Israel berhubung tindakan kejam zionis itu terhadap rakyat Palestin. - Agensi

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow