HAMZAH DAN TAKIYUDIN PUNCA 4 ADUN BERSATU SOKONG PMX
Perikatan Nasional masih belum pulih dari trauma dan peralihan sokongan 4 Ahli Parlimen Bersatu menyokong PMX merupakan tamparan yang cukup perit untuk diterima. Apatah lagi ketika ini dalam suasana kempen pilihanraya Parlimen Kemaman, moral jentera yang semakin merudum ekoran kekalahan di Parlimen Pulai dan dua kerusi Undangan Negeri di Simpang Jeram Johor dan Pelangai di Pahang.
PAS tidak boleh mendabik dada dengan jaminan tida akan ada dikalangan ahli parlimen PAS yang akan beralih sokongan. Penghijrahan beramai ramai pimpinan PAS serta penyokong kepada parti Amanah membuktikan segalanya berkemungkinan apatah lagi melihat kepada 4 ahli parlimen Bersatu di Kuala kangsa, Labuan, Gua Musang dan Jeli tidak perlu mengosongkan kerusi mereka.
Selain alasan khianat, ugutan dan imbuhan , pempinan Perkatan Nasional juga menyalahkan kelemahan Akta Lompat Parti yang menyebabkan berlaku ahli parlimen tidak perlu mengosongkan kerusi kerana menyokong parti lawan asalkan tidk keluar parti dan menjadi ahli bebas.
Rakyat tidak harus diperbodohkan dengan kenyataan sebegitu kerana beberapa wakil PN seperti Hamzah Zainuddin dan Takiyudin Hasan adalah mereka yang menentang keras pengosongan kerusi jika ada dikalangan mereka berubah sokongan kepada parti lawan kerana bagi mereka ianya sangat ketat.
Sebuah jawatankuasa teknikal ang merngka undang undang anti lompat parti telah ditubuhkan ketika era Ismail Sabri. Jawatankuasa itu bersifat non pastissan dianggotai ahli parlimen termasuklah Saifuddin, Gobind Singh Deo dan Hanifa Maidin mewakili PH anakala PN di wakili Takiyudin dan Hamzah Zainudin. Ianya dijelaskan oleh Hanifa Maidin yang menyokong kenyataan Saifudin.
https://www.malaysiakini.com/news/686356?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook
Ketika akta itu dirangka, PH berpendirian mana-mana ahli Parlimen yang bertindak bertentengan dengan keputusan whip parti di Dewan Rakyat serta ahli Parlimen yang dipecat daripada parti, dikira hilang kerusi.
PN masa itu diwakili Hamzah (Zainuddin) dan Takiyuddin (Hassan). PN tidak setuju dengan cadangan PH tersebut maka jika ada kelompangan kini membolehkan ahli parlimen mengosongkan kerusi jika mengambil pendirian bertentangan dengan whip parti masing-masing maka Hamzah dan Takiyudin mewakili PN harus dipertanggungjawabkan.
PN kini hanya bermain “blame game” dan “play victim” apabila 4 ahli parlimen PN bertindak bertentangan dengan keputusan whip parti dengan menyokong PMX. Naratif khianat, ugutan, imbuhan mahupun kelemahan Akta Lompat Parti yang didendangkan kini oleh PN hanya untuk mengelabui mata rakyat akan krisis kepimpinan PN yang sudah tidak lagi mendapat keyakinan rakyat.
#pedas berapi
Apa Reaksi Anda?











