Islam terancam atau PN terancam?

Oleh : ANAK CILI
Disember 7, 2023 - 10:33 MYT
Islam terancam atau PN terancam?
Benarkah Islam terancam atau PN yang terancam?

Memperkatakan Islam terancam dan hak hak orang Melayu saban hari digendangkan oleh pemimpin Perikatan Nasional kerana ianya laris di jual. Pembelinya pula adalah mereka yang melihat pemimpin parti yang dirasakan membawa idealisme Islam  sedangkan Islam bukan idealisme tetapi wahyu dari Allah s.w.t.

Kedangkalan segelintir masyarakat tentang dalam membezakan Islam dan siyasah politik seperti PN adalah kerana terperangkap dalam dunia ketaksuban.

Hanya golongan mereka yang membawa , menjaga dan mempertahankan Islam manakala kelompok lain pula ditakrifkan tidak mengikut dan menjaga agama Islam. Itulah realitinya yang berlaku dalam politik di Malaysia hari ini.
Ketika Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang boleh di lihat akan sikap mereka yang merasakan kelompok merekalah yang terpaling Islam dengan menidakkan kemampuan pihak lain.

ADUN Lepar Mohd Yazid Mohd Yunos dari Bersatu  dipetik sebagai berkata “ kami dari Perikatan Nasional terdiri dari parti Bersatu , PAS dan Gerakan sering memikirkan bagaimana rakyat di negeri Pahang tidak mengalami kerugian.Disebabkan ketidakstabilan politik akhirnya hak hak pribumi anak Melayu di pinggirkan, tidak diendahkan serta dipermainkan”.

“Oleh itu saya menyatakan di sini kepada parti Barisan Nasional /UMNO , Jika Barisan Nasional bermasalah serta diganggu oleh pihak pihak tertentu berkaitan hak hak orang Melayu dan agama Islam, Insyaallah kami akan tetap mempertahankan dan menyokong usaha usaha yang jujur dan murnni yang ingin dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pahang “.

Kenyataan beliau terus ditempelak oleh wakil Kerajaan YB Dato' Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang dengan menjelaskan tiada ganggu gugat dari rakan rakan dalam Kerajaan Perpaduan di Pahang sebagaimana yang di dakwa dengan menyenaraikan bukti yang jelas.

Apabila di jelaskan oleh wakil Kerajaan YB Dato Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad, ADUN Lepar Mohd Yazid Mohd yunus dari PN tidak juga menafikan apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pahang di bawah kepimpinan YAB Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail Menteri Besar Pahang dalam memartabatkan Agama Islam dan menjaga kepentingan orang Melayu Islam. 

Sebaliknya ADUN PN hanya kelu, terpinga dan terpana. Bagai menuang air tawar ke laut..

#pedasberapi

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow