Isu Musang King Raub : TITM Perlu Cermin Dahulu

Oleh : BARD
April 17, 2025 - 12:00 MYT
Isu Musang King Raub : TITM Perlu Cermin Dahulu

Baru-baru ini, tular satu kenyataan di media sosial berkenaan tanah yang telah diteroka secara haram oleh pihak berkuasa Pahang dalam operasi terhadap pencerobohan tanah Musang King. Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataannya berkata tanah tersebut sepatutnya diberikan kepada golongan belia di kawasan berkenaan.

Kenyataan itu menimbulkan banyak persoalan, sewajarnya perlu mencerminkan diri sendiri. Cadangan beliau sepatutnya dilaksanakan di Kelantan dahulu sebelum dicadangkan di negeri Pahang. Memandangkan PAS mempunyai kuasa di negeri Kelantan. Bukan satu rahsia lagi PAS telah menganugerahkan tanah secara pajakan kepada sebuah syarikat bernama Sindiyan yang dimiliki oleh orang bukan Melayu. Apa yang mahu dibanggakan dengan keluasan 10 ribu ekar yang dinobatkan oleh Malaysia Book of Records sebagai ladang terbesar Musang King di Malaysia jika ianya dimiliki oleh orang bukan Melayu? Mengapa tidak dipertimbangkan untuk diberikan kepada belia di Kelantan?

Atau mungkinkah kerana Musang King mendatangkan hasil yang lumayan buat negeri, lalu kepentingan rakyat, khususnya belia yang ramai merantau diletakkan ke tepi? Sampai Shah Alam digelar ‘Shah Ale’, Kajang jadi ‘Kaje’. Satu bentuk diaspora yang menyedihkan, apabila begitu ramai anak negeri terpaksa membina hidup di tanah orang.

Bukan mendabik dada Pahang merupakan sebuah negeri yang lebih terkehadapan dalam pengurusan tanah. Ada juga suara-suara sinis yang mempersoalkan kenapa tanah-tanah di Pahang yang diteroka oleh peneroka haram Musang King tidak diberikan kepada bekas-bekas tentera. Sebenarnya, Pahang lah satu-satu nya sebuah negeri yang bermurah hati menganugerahkan tanah kepada bekas-bekas tentera sebagai menghargai jasa dan bakti mereka yang dicurahkan kepada negeri dan negara.

Bahkan, bukti keprihatinan kerajaan negeri Pahang dapat dilihat dimana, setiap peneroka FELDA di Sungai Koyan yang terdiri daripada bekas tentera menerima 14 ekar tanah ladang sawit, berbanding hanya 10 ekar tanah sawit yang diperoleh peneroka Felda di seluruh Malaysia. Malah, geran hak milik tanah telah pun diberikan kepada mereka seawal tahun 1994.

Lebih daripada itu, pembukaan tanah Felda di Pahang bukanlah suatu langkah biasa. Ia sebahagian daripada usaha besar negara memutuskan pengaruh komunis, memulihkan keamanan, dan membina masa depan yang stabil bagi generasi seterusnya. Memandangkan daerah Raub, Lipis dan Cameron Highlands terkenal dengan laluan pergerakan pengganas komunis suatu Ketika dahulu.

Kerajaan Negeri Pahang turut menyerahkan Notis 5A Skim Tanah Rakyat (STR) kepada 346 penerima yang terdiri daripada generasi kedua FELDA, meliputi FELDA Sungai Koyan 1, 2 dan 3. Pemberian ini melibatkan keluasan keseluruhan tanah sebanyak 23.19 hektar, khusus bagi tujuan pembinaan kediaman. Langkah ini sekali lagi membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Pahang sentiasa cakna terhadap keperluan rakyat, merentasi segenap lapisan masyarakat termasuklah generasi kedua FELDA yang sekian lama menanti ruang untuk memiliki tanah sendiri.

Isu penerokaan haram Musang King di Raub dijadikan modal politik oleh PAS dengan membangkitkan kebencian di dalam masyarakat berbilang bangsa, meniup sentimen agama dan bangsa demi meraih sokongan politik.

Nukilan
Nadiarose
Mewangi Tapi Berduri

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow